Selasa, 16 Ogos 2016

BERPANTANG SELEPAS BERSALIN ....penting atau tidak ?

Hallooooo.....


Di saat mood menulis ni 'tengah in'....apakata I teruskan aje. So topic hari ni adalah berkenaan dengan berpantang selepas bersalin. Moga-moga ia dapat menjadi rujukan 'mommy to be' di luar sana. It is based on my experience ...sedikit nasihat dari ibu yang banyak anak ni....hehe.


First of all KENAPA PERLU BERPANTANG ?
Di saat kita mengandung 9 bulan, banyak perubahan yg berlaku pada tubuh badan kita samada luaran atau dalaman. Bayi dalam kandungan juga mengambil segala nutrisi untuk pertumbuhan dia. Sewaktu proses bersalin, segala tenaga dikeluarkan semasa proses meneran untuk melahirkan bayi tersebut dan sudah tentu banyak otot-otot yang terlibat. Perut tak payah cakaplah....for sure dah keluar hampir 4kg manusia, takkan ada yg elastic boleh balik sempurna ke bentuk asal. Kalau experience I, masa pregnant kalau tak gain weight 10~15kg tu memang tak sah sbb I suka makan ! Konon mengidam kan...sebenarnya mama dia yg 'mengtah-kedarah'.
Secara kesimpulannya , berpantang adalah PROSES MENYELURUH UNTUK MEMULIHKAN KESIHATAN & KEWANITAAN LUARAN DAN JUGA DALAMAN.


Some people said, zaman2 moden ni org tak berpantang dah. For me, amalan berpantang ni ada benda yg kita boleh ikut dan some of it tak berapa nak blh ikut dah disebabkan peredaran zaman.


Sewaktu bersalin kan anak sulung 14thn dulu, semangat berkobar-kobar nak berpantang ni...prepare beli dgn bengkungnya, set post natal & jamu bagai, lepas bersalin control makan tak nak mkn sembarangan, air minum sikit tapi hasilnya pada diri I....
1. Jamu yg I makan membuatkan baby panas dan cirit....I juga kena asthma.
2. Kurang minum air telah menyebabkan sembelit, proses penyusuan pun terganggu, susu takde dan terpaksa top-up dengan susu formula daripada awal. (Mak nak cantik kononnya tp effect pada anak....rasa bersalah sangat sbb tak dapat nak menyusu anak dgn susu badan sepenuhnya)
3. Sayur, buah tak makan....sembelit yg teruk sehingga kena refer balik ke hospital sbb luka jahit sedikit terbuka akibat meneran bila nak membuang.
4. Tempek segala mcm benda kat perut utk kempis le kononnya....hari ke-2 start merah2 di perut dan kemudian naik rashes penuh di badan....dekat perut , rashes tebal dah mcm ulat bulu.


Tempoh berpantang saya pada ketika itu agak sukar....luka lambat sembuh sbb makan terlalu dikontrol, tidak dpt menyusukan anak sepenuhnya dan macam2 lagi. So ianya jadi pengajaran sbb mungkin banyak benda yg tidak sesuai utk saya ikuti. Oleh itu untuk anak ke-2 hingga ke-4, saya amalkan berpantang cara saya. Ada benda yg saya ikut dan ada yang tidak.


Apakah amalan berpantang yang diperlukan bagi seorang wanita ?


1. URUT
Mengurut bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan membuang angina dan melegakan sengal2 tulang dan otot akibat proses mengandung dan meneran semasa bersalin. Ini antara amalan yg saya ikuti. Waktu dulu ibu dan juga ibu saudara pernah menjadi tukang urut saya dan daripada anak pertama lagi saya suka menggunakan minyak gamat (spt dlm gambar) ini. Ianya adalah resepi tradisional yg mana sudah digunakan sejak zaman ibu saya lagi...so, everytime masa pregnant mesti akan simpan stok minyak gamat ni.






2. BERTUNGKU
Bertungku bertujuan utk mengecutkan Rahim & mengeluarkan darah beku daripada badan. Mmg terasa badan lebih segar selepas bertungku. Adakalanya utk ibu2 yg bengkak susu pun, blh tuam dgn batu tungku ni supaya pengaliran lebih lancar. Selepas bersalin, darah & lender perlu dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh 44 hari berpantang itu. Jika darah berhenti awal, rahim tidak akan bersih sepenuhnya dan boleh menggugat kesihatan rahim seseorang wanita itu.


So bagi saya mengurut & bertungku itu perlu, bergantung kepada kesesuaian masa dan kos. Masa bersalin kan anak ke-4, saya mengambil tukang urut dgn bayaran rm500 utk 4x datang utk mengurut & bertungku. Ianya dilakukan pada hari ke-3, 4, 5 dan seminggu selepas itu.


3. BENGKUNG
Pemakaian bengkung juga penting kerana ia bertujuan untuk mengikat perut yg menggeleber akibat kehamilan. Memang ianya sedikit renyah sbb bengkung diikat dari bawah dada hingga ke punggung so kadang2 tu bila bergerak lebih atau ke bilik air, bengkung tersebut sedikit ternaik. So, utk org2 yg kurang berdisiplin mcm I ni....bila dah banyak minggu sikit...dah sihat dan blh byk bergerak, bengkung pun entah ke mana...huhuhu.


4. PEMAKANAN
Topik pemakanan ni I suka....kata orang saya ni tak berpantang makan. Salah tu....saya cuma berpantang utk sesetengah makanan sahaja. Saya bukannya jenis org yg hanya mkn nasi berlaukkan ikan masin tumbuk lada hitam aje semasa berpantang. Saya makan menu yg ibu saya masak seperti biasa tp biasanya ada satu lauk yg special utk saya dimana ibu akan lebihkan halia, lada hitam dsb. Ayam, ikan, semua saya makan. Saya elakkan makanan yg berbisa atau gatal cthnya seperti makanan laut (udang, ketam, sotong) ataupun ikan tongkol. Based on my experience tiada satu benda pun yg memudaratkan sbb semasa di hospital pun, menu sama aje. Bahkan telur ayam pun saya boleh makan dan sememangnya ianya membantu memberikan tenaga dan membuatkan saya cepat pulih dan sihat. Tiada istilah gatal atau tempat luka / jahit payah nak sembuh sbb itu semua sebenarnya berkait rapat dgn kebersihan diri. Kalau dibiarkan tempat luka itu lembab ataupun memakai pad dlm jangkamasa yg lama...possibility utk dapat infection lagi tinggi dan luka pun mmg payah nak baik.


Ais / air batu mmg saya elakkan sepanjang tempoh berpantang sehingga ke 2 bulan biasanya. Bila dah start kerja slps 2 bulan tu kdg2 tak boleh nak tahan jugak. Kontrol le jugak sikit2 sbb dikhuatiri effect pada penghasilan susu badan. So sepanjang tempoh penyusuan sepatutnya elakkan / kurangkan minuman berais.


Buah & Sayur mcmmana ye? Ok, based pada pengalaman anak pertama yg sungguh menyiksakan dgn masalah sembelit dsb, segala jenis buah & sayur saya makan.  Buah2an sejuk/berangin/tajam seperti tembikai, nangka atau nenas tu saya tak makanlah. Sayur hijau biasanya ok aje. Dan jangan
lupa, minum air suam banyak2 semasa dlm pantang dapat elakkan sembelit dan susu badan juga makin meriah. Orang dulu2 tak bagi minum air banyak sbb toilet dorang jauh di luar rumah so agak
susah utk ibu berpantang berulang balik ke bilik air. Zaman sekarang toilet pun sekali dalam bilik...so, dah bukan masalah lg kan.


5. SUPPLEMENT/VITAMIN atau JAMU
Ianya juga penting utk membantu ibu mengembalikan semula tenaga dan juga menyembuhkan anggota badan. Kalau dulu2 ramai org prefer ambik jamu namun sekarang ini boleh diganti dgn
supplement. Depend pada badan masing2 dan badan saya jenis yg tak boleh terima jamu barangkali, so saya gantikan dgn pengambilan supplement. Saya menggunakan supplement Shaklee kerana vitamin2 ini ada yg saya makan drpd sejak pregnant lg so tiada istilah membazir di situ. Blh dimakan dr pregnant sehingga selepas bersalin cuma some of it sahaja yg dibeli selepas bersalin.






6. KERJA BERAT
Elakkan daripada membuat kerja-kerja berat ye...even mendukung anak yg sedia ada pun kalau boleh elakkan di awal2 hari selepas bersalin. So far saya sgt berterima kasih kepada ibu saya kerana sepanjang 4 org anak ini, ibu akan mengambil alih urusan memandikan bayi dlm tempoh berpantang. Selepas itu sahaja saya yg memandikan anak sendiri. Biasanya bagi org yg bersalin  normal, seminggu pun dah cukup utk luka bersalin baik pulih. Setakat kerja2 ringan tu blh lah dibuat tp jangan pulak cuba2 mengangkat brg2 yg berat....tak elok tu. Kalau duk terbongkang 44 hari pun tak berapa elok utk blood circulation.....dan itu for me dah dikira pemalas tu bukannya berpantang . Hahaha...


7. PANTANG SUAMI
Ok...yg ni a bit sensitive bagi sesetengah orang tp saya mmg amalkan berpantang suami selama
100 hari. Suami yg baik mestilah bertimbang rasa dgn keadaan isteri kan....lagipun isteri ni nak 'pakai' lama takkan tak menyempat-nyempat dan tak boleh sabar kut. Biarlah organ2 dalaman isteri pulih sepenuhnya. Ini sesetengah tu beriya berpantang lain tp dgn suami lps sebulan je dah ngap !
Hishhh...tak patut sungguh. Pastu bila dah bertahun kahwin, mulalah mencari jamu ketat sendat bagai utk dimakan ye.


Berkali-kali mengalami episode selepas bersalin dan berpantang dengan cara di atas, Alhamdulillah semuanya OK. Luka cepat baik, rahim mengecut dengan cepat....tiada istilah sakit kepala ke, meroyan ke, stress ke. Bila badan kita sihat dgn memakan benda yg berkhasiat dan menjaga kebersihan diri, tempoh berpantang bukan episode yg menyeksakan.


Lagi satu...keluar rumah dlm tempoh berpantang. Saya biasanya takdelah nak berjalan2 di shopping mall masa anak kecik tu....selain drpd tak elok utk diri sendiri, baby juga terdedah kpd virus atau penyakit di luar sana. Namun saya tidaklah TAK keluar rumah langsung sbb kdg2 tu kita pun perlu pergi ke hospital utk follow-up baby jaundice misalnya....ataupun sebulan tu ibu & baby juga ada appointment dgn doctor, so keluar drpd rumah tak boleh elakkan. Bagi saya kalau dlm tempoh berpantang tu keluar rumah dan pegi ke satu tempat dan duduk diam di situ is still acceptable lah...cth, balik kampong ke. Tp janganlah duk melilau di shopping kompleks atau pegi piknik plak...huhuhu.


Kesimpulannya , berpantang itu amat penting utk kesihatan diri kita sebagai wanita. Juga jangan dilupakan kena usaha sikit untuk menyusu bayi anda sepenuhnya dgn susu badan terutamanya utk 6 bulan pertama. Tak guna juga lah ibu aje yg beriya nak cantik...beriya menjaga badan tp anak kena minum susu lembu. So, tepuk dada tanya lah hati masing2....better kalau boleh seimbangkan kesihatan ibu & anak supaya kehadiran cahayamata tu bukannya menjadi satu beban utk anda.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan