Selasa, 16 Ogos 2016

BERPANTANG SELEPAS BERSALIN ....penting atau tidak ?

Hallooooo.....


Di saat mood menulis ni 'tengah in'....apakata I teruskan aje. So topic hari ni adalah berkenaan dengan berpantang selepas bersalin. Moga-moga ia dapat menjadi rujukan 'mommy to be' di luar sana. It is based on my experience ...sedikit nasihat dari ibu yang banyak anak ni....hehe.


First of all KENAPA PERLU BERPANTANG ?
Di saat kita mengandung 9 bulan, banyak perubahan yg berlaku pada tubuh badan kita samada luaran atau dalaman. Bayi dalam kandungan juga mengambil segala nutrisi untuk pertumbuhan dia. Sewaktu proses bersalin, segala tenaga dikeluarkan semasa proses meneran untuk melahirkan bayi tersebut dan sudah tentu banyak otot-otot yang terlibat. Perut tak payah cakaplah....for sure dah keluar hampir 4kg manusia, takkan ada yg elastic boleh balik sempurna ke bentuk asal. Kalau experience I, masa pregnant kalau tak gain weight 10~15kg tu memang tak sah sbb I suka makan ! Konon mengidam kan...sebenarnya mama dia yg 'mengtah-kedarah'.
Secara kesimpulannya , berpantang adalah PROSES MENYELURUH UNTUK MEMULIHKAN KESIHATAN & KEWANITAAN LUARAN DAN JUGA DALAMAN.


Some people said, zaman2 moden ni org tak berpantang dah. For me, amalan berpantang ni ada benda yg kita boleh ikut dan some of it tak berapa nak blh ikut dah disebabkan peredaran zaman.


Sewaktu bersalin kan anak sulung 14thn dulu, semangat berkobar-kobar nak berpantang ni...prepare beli dgn bengkungnya, set post natal & jamu bagai, lepas bersalin control makan tak nak mkn sembarangan, air minum sikit tapi hasilnya pada diri I....
1. Jamu yg I makan membuatkan baby panas dan cirit....I juga kena asthma.
2. Kurang minum air telah menyebabkan sembelit, proses penyusuan pun terganggu, susu takde dan terpaksa top-up dengan susu formula daripada awal. (Mak nak cantik kononnya tp effect pada anak....rasa bersalah sangat sbb tak dapat nak menyusu anak dgn susu badan sepenuhnya)
3. Sayur, buah tak makan....sembelit yg teruk sehingga kena refer balik ke hospital sbb luka jahit sedikit terbuka akibat meneran bila nak membuang.
4. Tempek segala mcm benda kat perut utk kempis le kononnya....hari ke-2 start merah2 di perut dan kemudian naik rashes penuh di badan....dekat perut , rashes tebal dah mcm ulat bulu.


Tempoh berpantang saya pada ketika itu agak sukar....luka lambat sembuh sbb makan terlalu dikontrol, tidak dpt menyusukan anak sepenuhnya dan macam2 lagi. So ianya jadi pengajaran sbb mungkin banyak benda yg tidak sesuai utk saya ikuti. Oleh itu untuk anak ke-2 hingga ke-4, saya amalkan berpantang cara saya. Ada benda yg saya ikut dan ada yang tidak.


Apakah amalan berpantang yang diperlukan bagi seorang wanita ?


1. URUT
Mengurut bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan membuang angina dan melegakan sengal2 tulang dan otot akibat proses mengandung dan meneran semasa bersalin. Ini antara amalan yg saya ikuti. Waktu dulu ibu dan juga ibu saudara pernah menjadi tukang urut saya dan daripada anak pertama lagi saya suka menggunakan minyak gamat (spt dlm gambar) ini. Ianya adalah resepi tradisional yg mana sudah digunakan sejak zaman ibu saya lagi...so, everytime masa pregnant mesti akan simpan stok minyak gamat ni.






2. BERTUNGKU
Bertungku bertujuan utk mengecutkan Rahim & mengeluarkan darah beku daripada badan. Mmg terasa badan lebih segar selepas bertungku. Adakalanya utk ibu2 yg bengkak susu pun, blh tuam dgn batu tungku ni supaya pengaliran lebih lancar. Selepas bersalin, darah & lender perlu dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh 44 hari berpantang itu. Jika darah berhenti awal, rahim tidak akan bersih sepenuhnya dan boleh menggugat kesihatan rahim seseorang wanita itu.


So bagi saya mengurut & bertungku itu perlu, bergantung kepada kesesuaian masa dan kos. Masa bersalin kan anak ke-4, saya mengambil tukang urut dgn bayaran rm500 utk 4x datang utk mengurut & bertungku. Ianya dilakukan pada hari ke-3, 4, 5 dan seminggu selepas itu.


3. BENGKUNG
Pemakaian bengkung juga penting kerana ia bertujuan untuk mengikat perut yg menggeleber akibat kehamilan. Memang ianya sedikit renyah sbb bengkung diikat dari bawah dada hingga ke punggung so kadang2 tu bila bergerak lebih atau ke bilik air, bengkung tersebut sedikit ternaik. So, utk org2 yg kurang berdisiplin mcm I ni....bila dah banyak minggu sikit...dah sihat dan blh byk bergerak, bengkung pun entah ke mana...huhuhu.


4. PEMAKANAN
Topik pemakanan ni I suka....kata orang saya ni tak berpantang makan. Salah tu....saya cuma berpantang utk sesetengah makanan sahaja. Saya bukannya jenis org yg hanya mkn nasi berlaukkan ikan masin tumbuk lada hitam aje semasa berpantang. Saya makan menu yg ibu saya masak seperti biasa tp biasanya ada satu lauk yg special utk saya dimana ibu akan lebihkan halia, lada hitam dsb. Ayam, ikan, semua saya makan. Saya elakkan makanan yg berbisa atau gatal cthnya seperti makanan laut (udang, ketam, sotong) ataupun ikan tongkol. Based on my experience tiada satu benda pun yg memudaratkan sbb semasa di hospital pun, menu sama aje. Bahkan telur ayam pun saya boleh makan dan sememangnya ianya membantu memberikan tenaga dan membuatkan saya cepat pulih dan sihat. Tiada istilah gatal atau tempat luka / jahit payah nak sembuh sbb itu semua sebenarnya berkait rapat dgn kebersihan diri. Kalau dibiarkan tempat luka itu lembab ataupun memakai pad dlm jangkamasa yg lama...possibility utk dapat infection lagi tinggi dan luka pun mmg payah nak baik.


Ais / air batu mmg saya elakkan sepanjang tempoh berpantang sehingga ke 2 bulan biasanya. Bila dah start kerja slps 2 bulan tu kdg2 tak boleh nak tahan jugak. Kontrol le jugak sikit2 sbb dikhuatiri effect pada penghasilan susu badan. So sepanjang tempoh penyusuan sepatutnya elakkan / kurangkan minuman berais.


Buah & Sayur mcmmana ye? Ok, based pada pengalaman anak pertama yg sungguh menyiksakan dgn masalah sembelit dsb, segala jenis buah & sayur saya makan.  Buah2an sejuk/berangin/tajam seperti tembikai, nangka atau nenas tu saya tak makanlah. Sayur hijau biasanya ok aje. Dan jangan
lupa, minum air suam banyak2 semasa dlm pantang dapat elakkan sembelit dan susu badan juga makin meriah. Orang dulu2 tak bagi minum air banyak sbb toilet dorang jauh di luar rumah so agak
susah utk ibu berpantang berulang balik ke bilik air. Zaman sekarang toilet pun sekali dalam bilik...so, dah bukan masalah lg kan.


5. SUPPLEMENT/VITAMIN atau JAMU
Ianya juga penting utk membantu ibu mengembalikan semula tenaga dan juga menyembuhkan anggota badan. Kalau dulu2 ramai org prefer ambik jamu namun sekarang ini boleh diganti dgn
supplement. Depend pada badan masing2 dan badan saya jenis yg tak boleh terima jamu barangkali, so saya gantikan dgn pengambilan supplement. Saya menggunakan supplement Shaklee kerana vitamin2 ini ada yg saya makan drpd sejak pregnant lg so tiada istilah membazir di situ. Blh dimakan dr pregnant sehingga selepas bersalin cuma some of it sahaja yg dibeli selepas bersalin.






6. KERJA BERAT
Elakkan daripada membuat kerja-kerja berat ye...even mendukung anak yg sedia ada pun kalau boleh elakkan di awal2 hari selepas bersalin. So far saya sgt berterima kasih kepada ibu saya kerana sepanjang 4 org anak ini, ibu akan mengambil alih urusan memandikan bayi dlm tempoh berpantang. Selepas itu sahaja saya yg memandikan anak sendiri. Biasanya bagi org yg bersalin  normal, seminggu pun dah cukup utk luka bersalin baik pulih. Setakat kerja2 ringan tu blh lah dibuat tp jangan pulak cuba2 mengangkat brg2 yg berat....tak elok tu. Kalau duk terbongkang 44 hari pun tak berapa elok utk blood circulation.....dan itu for me dah dikira pemalas tu bukannya berpantang . Hahaha...


7. PANTANG SUAMI
Ok...yg ni a bit sensitive bagi sesetengah orang tp saya mmg amalkan berpantang suami selama
100 hari. Suami yg baik mestilah bertimbang rasa dgn keadaan isteri kan....lagipun isteri ni nak 'pakai' lama takkan tak menyempat-nyempat dan tak boleh sabar kut. Biarlah organ2 dalaman isteri pulih sepenuhnya. Ini sesetengah tu beriya berpantang lain tp dgn suami lps sebulan je dah ngap !
Hishhh...tak patut sungguh. Pastu bila dah bertahun kahwin, mulalah mencari jamu ketat sendat bagai utk dimakan ye.


Berkali-kali mengalami episode selepas bersalin dan berpantang dengan cara di atas, Alhamdulillah semuanya OK. Luka cepat baik, rahim mengecut dengan cepat....tiada istilah sakit kepala ke, meroyan ke, stress ke. Bila badan kita sihat dgn memakan benda yg berkhasiat dan menjaga kebersihan diri, tempoh berpantang bukan episode yg menyeksakan.


Lagi satu...keluar rumah dlm tempoh berpantang. Saya biasanya takdelah nak berjalan2 di shopping mall masa anak kecik tu....selain drpd tak elok utk diri sendiri, baby juga terdedah kpd virus atau penyakit di luar sana. Namun saya tidaklah TAK keluar rumah langsung sbb kdg2 tu kita pun perlu pergi ke hospital utk follow-up baby jaundice misalnya....ataupun sebulan tu ibu & baby juga ada appointment dgn doctor, so keluar drpd rumah tak boleh elakkan. Bagi saya kalau dlm tempoh berpantang tu keluar rumah dan pegi ke satu tempat dan duduk diam di situ is still acceptable lah...cth, balik kampong ke. Tp janganlah duk melilau di shopping kompleks atau pegi piknik plak...huhuhu.


Kesimpulannya , berpantang itu amat penting utk kesihatan diri kita sebagai wanita. Juga jangan dilupakan kena usaha sikit untuk menyusu bayi anda sepenuhnya dgn susu badan terutamanya utk 6 bulan pertama. Tak guna juga lah ibu aje yg beriya nak cantik...beriya menjaga badan tp anak kena minum susu lembu. So, tepuk dada tanya lah hati masing2....better kalau boleh seimbangkan kesihatan ibu & anak supaya kehadiran cahayamata tu bukannya menjadi satu beban utk anda.




ME....After 1 yr ! PENGALAMAN BERSALIN ...


Setahun berlalu...blog pun sudah bersarang....too busy mommy I guest. Yeahhh....everything change in my life. Anak dah bertambah, kerja di ofis lagi, uruskan rumahtangga lagi...hmmm. But, I'm so happy cuma masa agak kurang sikit utk mendapat idea utk menulis.


So, today...I nak buat comeback ! Bajet retis je kan...mcm ramai pulak peminat dia...hahaha.


Hari ni I nak bercerita dan mengimbau kenangan I setahun yg lalu semasa bersalin kan my no.4 which seorang baby girl yg cute bernama NUR NAURA RANIAH.




Nama timangan my baby is RARA, actually nama ni diberi oleh my no.3 which we call her Aerin (kak Chik). Sebabnya, 3 mth before my sister deliver her 2nd baby, boy yg dinamakan Raif so si Aerin ni dr baby masih dlm perut lg dah panggil baby nama Rara. So, I terpaksa carikan nama penuh yg sesuai...dan keluar lah Nur Naura Raniah tu.


My delivery experience sblm ni, selalu bersalin awal (seawal 34wks) tapi Rara even dah 38 wks masih sedap duduk dlm 'mommy's oven'. Masa ni bulan puasa...awal2 tu gagahkan diri jgk puasa tapi my mom & my gynae pun advised tak payah puasa sbb I menunggu hari...will be deliver anytime di bulan puasa ni. Kalau ikut due date patutnya 1st day raya tu. And I still bekerja hingga ke hari nak bersalin....drive kereta sendiri ke ofis, berjalan dr tpt parking ke ofis, dan naik turun tangga ofis seperti biasa sbb itu antara petua utk memudahkan bersalin.


Isnin malam....terasa perut keras semacam aje...baby movement pun payah nak dikira. Duk pikir jgk terlebih makan ke apa sbb rasa 'penuh' sgt perut yg memboyot ni. Sesekali mcm rasa contraction but not regular...no sign darah atau lendir yg keluar and I behave like normal lah. Bangun pagi selasa I decide utk pegi ke hospital (actually Rabu is my next check-up) sbb I kurang rasa pergerakan baby disebabkan perut yg asyik mengeras ni. So, risau jgklah apa jadi ngan orang dalam perut ni. Lg satu,  ada jgk experience org yg bersalin tanpa tanda....ahhh sudah.


So dgn husband, kami pun pegi ke DEMC dan terus refer ke klinik Dr Mazita. Setelah terangkan pd nurse apa yg I rasa, nurse bwk I masuk ke bilik , baring dan lekatkan segala wayar2 utk check baby punya condition... after 30min monitoring, baby OK. Alhamdulillah....dan kemudian bawak refer jumpa doktor. Doktor ckp nak check jalan lah ye since dah 38wk ++ ni. Doktor tanya ada keluar tanda atau rasa contraction....I ckp takde & contraction tu mcm sekejap ada sekejap hilang...false contraction le kan. And guest what bila doctor check rupanya bukaan dah 4cm !!! Huhuhu....terus I kena refer masuk ke labour room. Husband pun follow nurse utk settlekan segala urusan admission yg patut. Dtg nurse lelaki bawak wheel chair suruh I duduk...I ckp it's OK sbb I nak berjalan...rupanya tak dibenarkan lg...takut I terberanak masa berjalan kot...hahahaha.


Masuk Labour Room (LR)...I diberikan baju hospital suruh salin. Masa ni feeling cam Che Ta pun ada sbb dah le masuk LR dgn bermake-up bagai...mata dgn contact lense nya...ngan berkasut....'jangoks' lah bak kata org Kelantan. Konon dtg nak check-up...rupanya mmg dah sampai masa baby nak keluar. Drpd tghri ke petang, mcm boring je duk dlm LR tu.....sakit pun takde sgt...bukaan pun masih kekal mcm gitu aje. Pastu nak mkn pun nurse tak bagi mkn byk2 dah...nasib baik ada kurma sebekas, duk pulun mkn yg tu aje. Last mkn berat masa sahur....risau gak ni takut takde tenaga utk meneran nanti. Dah habis baca segala ayat2 yg terlintas dlm kepala....main Candy Crush...pastu google cara2 nak bersalin...hehe...almaklumlah ibu ni dah 6 thn tak beranak, lupa lah pulak. Until maghrib, bukaan baru 6cm. Dlm pkl 9.30 mlm, husband tinggalkan sbb katanya nak ke surau dan nak keluar minum. Around 10pm nurse dtg check lg...tiba2 ...gebushhh....rasa air mengalir keluar dgn banyaknya....rupanya ketuban dah pecah. Ok...masanya makin hampir skrg....rasa cuak & takut pun ada. Nurse ckp dlm pkl 12mlm ni beranak lah...but as previous experience, I can feel baby akan keluar cepat ni. So, ambik phone call husband suruh dtg LR immediately.


Sesekali rasa nak meneran....tahan sbb tak nak bagi koyak. Ingat...kena tunggu 10cm tau walaupun ko tahu betapa seksanya nak menahan diri dari nak meneran ni.  Tak lama lah duk menahan tu...terasa mcm nak berak sgt2 dah ni...panggil nurse suruh check jln lagi. Nampak nurse pun dah mundar-mandir prepare apa yg patut. I tanya mana doctor? Dia otw katanya....huhu...cepatlah doktor, mcm dah tak tahan sgt nak terberak ni. Sekali dgr suara doktor cakap...ok, kalau dah rasa tak tahan meneran....cuba push. Apalagi dgn seluruh kekuatan yg ada, push sekali....dah keluar kepala kata doktor...pandai ye. Kali kedua push...rasa keluar yg besar sikit....nak push kali ke-3...menggelungsur laju je dah keluar semua. Ehhh....dah siap ke? Dgr suara baby nangis, I nampak baby mcm diselaputi cecair warna putih dan nurse tgh bersihkan. Ok...proses bersalin kali ni mmg secara normal with no injection atau bantuan apa2 selain drpd I sedut gas. Actually gas tu nak bagi u lalok jer ....sakit bersalin & meneran masih rasa. Cuma bila doctor nampak mcm I makin khayal...dia suruh nurse cabut gas tu sekejap. Rasanya org kalau ambik drug rasa lalok cam gini le kan....


Settle proses bersalin...masa tu I tgk jam didinding pkl 10.45pm. Ooo..takdelah lama sgt sakitnya. Sambil doktor keluarkan uri dan jahit, siap blh borak2 lg ngan doctor & nurse...tanya doktor byk ke koyak dan doktor ckp takde pun...sikit je ni. Rasa pelik pun ada mana dtg kekuatan ni sebenarnya padahal masa mula2 terasa sakit tu mcm duk pikir....kenapalah aku pilih nak beranak lg...hahaha. Tp, bila dah settle semua, cakap kat husband...mudahnya bersalin mcm ni...nanti blh lah bersalin lagi pasni. Ooopssss !!!! Mulut takde insurans kan.....


Settle semua nurse bersihkan baby & ibu...proses penyusuan bermula. Satu perasaan yg tak boleh digambar dgn kata-kata....dari duk rasa baby bergerak dlm perut, sekarang u blh peluk dia, tgk muka dia, mata pun terkelip-kelip je sambil menetek. Air mata mak tumpah....besarnya keajaibanmu, Ya Allah.


Rehat dlm LR dlm sejam, baru ditolak masuk ke wad. Apalagi....I mintak makanan lah sbb lapar bila seharian tak diberi mkn sgt...hahaha. Nasib baik private hospital ...ada yg melayan dan dpt juga I mkn nasi goreng malam tu. Dan malam tu adalah malam terindah bila mama dpt peluk dan tido bersama her new born. Husband pulak bila dah sahur tu I dah suruh dia balik rumah...kesian pulak tgk penat sgt berdengkurnya mcm dia pulak yg susah payah meneran semalam.


Everything was fine...mommy & new born both are healthy dan patutnya dah boleh balik. Tp I decide utk stay lg semalaman dan suruh my mom panggil cleaner utk settelkan apa2 yg patut kat rumah utk sambut kami. So, we stay dan rileks kat hospital lagi satu malam.


Ada yg tanya berapa kos bersalin ni? Ok, mana tahu utk rujukan sape2 yg nak bersalin di DEMC...for normal delivery total cost yg I kena is RM5300. For me, service bagus....gynae I pun baik sgt mcm mak2 gitu. Semua nurse kat dlm LR mahupun kat wad pun melayan I dgn bagus. Thumbs up for DEMC. Next time blh dtg lagi....hehe. Ko tak serik nak beranak lg ke? Hahahahaaaa....


Now Rara is already 13mth ++ .....baby comel yg jd perhatian semua orang. Ni ikut muka mama ke papa ni? Mama yg susah payah pregnant 9mth...bersabung nyawa nak bersalin...geram plak bila yg comel2 ni duk ckp ikut muka papa dia aje kan....hehe.


 Rara - 2mth

  Rara sekarang - 13mth