Sabtu, 18 Julai 2015

Kos 'Pregnancy Check-Up' di DEMC

Masih berkisar berkenaan hal ehwal mengandung.....hari ni 'mommy to be' nak share berkenaan kos 'pregnancy check-up' di hospital swasta.

Terlebih dahulu saya mohon maaf jika ada yg tersalah tafsir berkenaan tujuan saya share perkara ni. Jauh sekali untuk saya menunjuk riak sebab berpeluang dapat bersalin di hospital swasta tetapi saya rasa ramai sangat 'mommy to be' kat luar sana yg tercari-cari info ini. Sbb, saya juga begitu sewaktu diawal-awal pregnant dulu...semasa nak decide nak memilih utk bersalin kat mana.....google disana-sini tapi hasilnya tak berapa nak dapat info yang betul. So, saya harap entri saya kali ni dapat jugak jadi rujukan kepada semua ye....

Ini merupakan kandungan saya yg ke-4. Sebelum ni ketiga-tiga anak saya dilahirkan di SJMC....tapi itu cerita berbelas tahun yg lepas so harga bersalin kat hospital swasta pada ketika itu tidak lah berapa mahal sangat jika nak dibandingkan dgn sekarang. Ketiga-tiga anak saya dilahirkan secara normal dan kos bersalin di SJMC pada ketika itu ialah RM2500 (tahun 2002), RM3000 (tahun 2005) dan RM4000 (tahun 2009). Seingat saya masa mengandungkan anak ke-3, kos check-up di SJMC tidak melebihi rm250 utk setiap kali visit bersama Dr Siti Zaleha. Namun begitu, utk tahun 2015 ini saya telah mendapatkan sedikit info berkenaan kos bersalin di SJMC dan info nya spt berikut ;

Normal Delivery : RM6000 (minimum)
Caesarian :  above RM9000

Dan pastinya saya merasakan kos pregnancy check-up setiap bulan juga melebihi RM250 !

So, disebabkan saya kini juga telah berpindah menjadi warga Shah Alam, saya google mencari hospital swasta yg lain untuk bersalin nanti. For me, SJMC dan gynae Dr Siti masih yg terbaik namun disebabkan oleh kos yg agak tinggi, saya terpaksa memilih utk bersalin di hospital yg lain kerana jarak 6 tahun from my last pregnancy membuatkan saya memerlukan kewangan yg sedikit lebih utk membeli segala persiapan baby sbb barang2 baby sebelum ni semua dah disedekahkan kepada org lain....hehe.

Hasil membuat kajian lengkap berkenaan kos bersalin juga jarak ke hospital serta kemudahan yg disediakan....kali ini saya memilih utk bersalin di hospital pakar DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) yg terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam. Jaraknya kurang 15km dari rumah ....banyak route yg blh dilalui dlm keadaan emergency so saya rasa ini pilihan yg terbaik utk saya kali ni. Entri kali ni saya share pasal kos pregnancy check-up sahaja.....nanti dah bersalin saya share lagi pasal pengalaman dan kos bersalin di DEMC ni ye.

Mulanya saya hanya melakukan check-up di klinik family berhampiran tempat tinggal sahaja. Seawal kandungan 6 minggu, saya dah buat check-up di klinik tersebut. Sempatlah dalam 4x check-up dan kos check-up di klinik ini dalam RM60 ~ RM100 utk setiap kali lawatan.

Saya mula buat check-up di DEMC (Dr Mazita) waktu kandungan berusia 20 minggu. Rujuk senarai di bawah untuk kos pregnancy check-up saya di DEMC sehingga yg terakhir pd kandungan berusia 35 minggu ++.

1st check-up (20 wks) : Consultation, Scan rm230 & Blood Test rm250. Total : RM480
2nd check-up (23 wks) : 4D Scan - RM350
3rd check-up (25 wks) : Consultation & Scan - RM220
4th check-up (29 wks) : Consultation, Scan & Glucose Test - RM250
5th check-up (33 wks) : Consultation, Scan & Dexa Injection - RM290
6th check-up (35 wks) : Consultation*, Scan & Low vagina swab test - RM240
                      (Consultation* = Diperiksa oleh doctor gantian kerana Dr Mazita bercuti)
7th check-up (37 wks) : Consultation & Scan - RM220

Next check-up adalah pada minggu depan at 38 wks but hope itu yg terakhir dan saya dpt bersalin sebelum Hari Raya. Yelah, risau plak takut kena beraya di hospital plak nanti...huhu

Jadi begitulah kira-kira nya kos pregnancy check-up utk rujukan kengkawan semua jika nak memilih utk bersalin di DEMC. Next nanti kita share pasal cost bersalin pulak ye...

Doakan proses bersalin saya nanti dipermudahkan.....insyaallah




Isnin, 15 Jun 2015

Suntikan DEXA untuk mematangkan paru-paru bayi

Salam semua .....
Hari ni saya nak share experience pasal suntikan untuk mematangkan paru-paru bayi dalam kandungan.....dengar cerita ianya sangat menyakitkan ! Ishhhhh....ye ke?

Ini merupakan kandungan saya buat kali ke-4. Sebelum ni memang tak pernah merasa suntikan ini. Mengikut kata doktor, saya mempunyai sejarah bersalin bayi pra-matang which anak-anak sebelum ni saya bersalin pada minggu ke 34, 35 & 37. So, disebabkan umur saya sekarang yang melebihi 35 tahun....doktor suggest untuk ambik suntikan ni pada minggu ke 33. Atleast katanya kalau 'terbersalin' seawal minggu ke 34 pun, paru-paru baby dah matang so tak perlu nak risau sangat dah. Hasil google daripada kengkawan yg pernah merasa....takde sorang pun cakap tak sakit ! Adussss....cuak sudah ni ...namun memikirkan keadaan bayi.....sebagai seorang ibu saya terpaksa redha utk menerima kesakitan ini supaya my baby akan lahir dengan selamat nanti.

So, hari yg ditunggu telah tiba. Seperti biasa kena masuk jumpa doktor dulu buat check-up....and hasil scan, everything is OK. Cuma blood pressure a bit high....hehe....sebab takut memikirkan 'seksa' seterusnya kot. Time tu sempat lagi cakap kat doktor kalau boleh tak nak ambik suntikan dexa ni....feedback dari kawan-kawan cakap....sakit. Doktor dengan selambanya psiko kan saya lagi......SAKIT BERSALIN nanti tu lagi sakit kalau nak compare dgn sakit kena cucuk yg ni tau. Hmmmm....mati akal sudah....redha je lah.  

Saya dibawa ke labour room, disuruh baring dan suntikan ini akan dibuat selang 12 jam setiap satu. Selepas suntikan pertama ni, saya boleh balik berehat di rumah dan kemudian perlu datang lagi malam nanti untuk suntikan kedua. Nurse masuk bawa kelengkapan ....bertanya saya nak cucuk punggung belah kiri atau kanan? Saya jawab....mana-mana lah nurse sbb malam nanti pun belah lagi satu pun akan terima nasib yang sama jugak kan.

So, tugas pun dijalankan ......

Cucuk tu takde rasa apa pun....macam kena cucuk biasa. Tapi bila nurse tarik keluar jarum tu saya dapat merasakan ubat yg masuk itu merebak.....panas bercampur pedih....merebak dan membesar rasa tempat sakit tu. Saya pegang katil menahan sakit sambil menutup mata....tarik nafas dalam-dalam sambil membaca apa-apa surah yg terlintas. Waktu ubat dirasa naik ke bahagian pinggang....saya rasa lemah sangat, kebas dan lenguh-lenguh....tanpa disedari air mata ni keluar jugak. Husband kat tepi bertanya.....sakit sangat ke? Huhuhu...sangat sedih rasanya...ambil bantal dan terus tutup muka ! tetapkan dalam hati....mommy will do everything for u baby...

 Dalam 10~15 min jugaklah saya terpaksa bertarung menahan sakit dan akhirnya sakit tu lama-kelamaan hilang. Dengan bantuan husband, saya cuba bangun....turun dari katil dan melangkah. Agak lenguh jgk lah sebelah kaki nak melangkah tp lama-lama ok aje...dapat berjalan dengan elok.

Balik rumah dan rest.....sesekali macam terasa lenguh-lenguh kat pinggang tapi takdelah sakit mana pun. Pengalaman orang berbeza-beza....ada yang saya baca sampai kena duduk kat hospital aje utk inject yg ke-2...tp saya dapat berjalan, siap balik masak lagi utk dinner...kira tabah lah jgk kan....hehe.

Suntikan pertama saya kena pd pkl 11 pagi....so, saya perlu ke hospital lg utk suntikan kedua pada pkl 11 malam. Masa ni dah kumpul kekuatan tenaga juga fizikal dah sbb dah rasa sakit tu mcmmana kan. Inject kedua dilakukan di sebelah kanan pulak , selepas aje nurse tarik jarum keluar.....saya pejamkan mata dan start baca al-fatihah serta surah 3 Qul...kemudian saya sambung dgn doa nabi yunus tanpa henti. Mungkin sbb dah tahu rasa sakit tu mcmmana...for me, injection kali ke-2 ni saya lebih rileks. Rehat sekejap dalam 10 min dan kemudian husband bawak balik rumah.

Sekarang ni saya tak perlu nak risau lagi dah kalau terbersalin awal sbb paru-paru bayi saya sudah matang. Di usia kandungan 33wks ni pun, my baby dah mencapai berat 2.1kg. Cuma kesan dari suntikan ni, malam tu saya merasakan pergerakan bayi agak perlahan....hanya sesekali menendang dan bergerak ...bukannya seperti biasa yg membuatkan perut mommy ni senget-senget ke kiri dan ke kanan. Husband cakap....dah kalau mommy dia pun sakit masa kena inject....baby pun sure agak lemah sikit. Baby pun nak rest katanya...Dan keesokan harinya, Alhamdulillah baby kembali aktif seperti biasa.

For me....suntikan dexa ni mmg sedikit sakit daripada suntikan biasa namun sebagai ibu ...saya sanggup buat apa saja asalkan my baby sihat. Bak kata my doktor.....sikit je sakit ni kalau nak compare ngan sakit bersalin ! Huhuhu....cuak lagi....

Isnin, 8 Jun 2015

3D 4D scan

Topik saya kali ni nak cerita sikit pasal 3D 4D Scan .....almaklumlah jakun sbb ni 1st time buat (zaman my 3 kids dulu takde lg dan baru-baru nak ada at some klinik swasta).
 
Disebabkan saya buat pregnancy check kat hospital swasta so mmg everytime check-up , doktor akan buat scan biasa hitam putih tu yg juga dipanggil 2D scan. Cuma kali ni di minggu ke 24, doktor arahkan untuk buat 4D scan for details scan. Katanya bila buat details scan ni boleh check details keadaan baby dalam perut....saiz organ2 dia, cukup sifat ke, ada sumbing ke apa ataupun any abnormalities lain. Saya sebenarnya agak risau dengan scan ni....yelah, umur dah banyak kan....hanya mampu berdoa agar my baby sihat walafiat dan cukup sifat.
 
So, hari yang ditunggu akhirnya tiba....bersama suami dari awal pagi kami ke DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) Specialist Hospital, Shah Alam untuk menjalani scan ini. Hampir 2 jam jugak lah menunggu (husband pun dah penat mengadap COC), baru nombor dipanggil masuk.
 
Apa beza 3D & 4D Scan ?
 
3D (3 dimensi) scan ialah gabungan 2D dlm isipadu ultrasound mesin untuk menghasilkan gambar statik, juga luaran rupa bayi anda. Ia juga detail scan untuk memberi informasi yg lebih teliti berkaitan organ-organ dalaman bayi. Doktor akan mengukur segala-galanya pada bayi anda dan mengetahui adakah perkembangannya normal ataupun terdapat kecacatan fizikal.
 
4D (4 dimensi) scan pula merupakan imbasan ultrasound yg bergerak mengikut masa. Dengan kata lain scan ini merupakan pengimbasan secara langsung (video) untuk mengintai aktiviti bayi di dalam perut.
 
Dengan membuat 4D scan, rasanya 'bonding' ibu dengan bayi nya lebih kuat sbb ini pertama kalinya dapat tengok perangai my baby dalam perut....hehe. Juga dapat tgk rupa my baby.....follow lebih muka mama atau muka papa ni ? Although baru 24 weeks, my baby nampaknya aktif sangat ni.....menggeliat, menendang je kerjanya (patutlah mama asyik geli-geli je sepanjang masa....pastu kerap nak terkencing sbb kaki comel tu duk tendang pundi kencing mama ye selama ni ). Bila doktor fokus kat muka.....mulut tu mengunyah2 (makan nasi lemak kut sbb mama habis sepinggan nasi lemak ngan teh tarik pagi ni), tangan tu pulak tak reti duk diam....sesekali gosok mata, gosok muka, tongkat dagu....hmmm, macam-macam lah. And finally, ni aje imej terbaik 'si bongsu' yg dapat dicapture oleh doktor .
 
 
Alhamdulillah....hasil scan juga menunjukkan tiada abnormal pada my baby....cukup sifat dan perkembangan saiz juga normal mengikut minggu dalam kandungan. My baby weight now is 588gm , that is normal weight ......mommy punya berat ? Hehe...mmg tersangat berat le kut. Tp ini semua mmg normal utk saya ....berat naik banyak time preggy, perut membesar yg teramat sgt...but bila check sugar level, semua normal. Kesimpulannya.....mommy makan banyak le tu ! Hahaha...
 
 
Pakej 3D 4D scan di DEMC ini katanya akan disertakan sekali dgn CD which saya akan dapat on my next check-up. Dan harga scan ini adalah rm350 (ini harga pada March 2015, sblm GST implementation....hehe). Saya inform price kat sini bukannya apa sbb sblm ni saya tercari-cari utk dapat info psl latest price tapi tak ada...so harapnya ini dapat dijadikan panduan utk org lain yg nak buat 3D 4D scan di DEMC.
 
Ok lah...itu saja i nak share kali ni. Oh ye....sebelum balik , nurse bagi goodie bag ...segala 'mak-nenek' punya complimentary ada dlm beg ni (biasalah private hospital kan)....susu, diaper, breast-pad, nappy rash cream, frame gambar lagi...dan yg penting from my company jugak.....Drypers baby lotion ! Diaper brand Drypers takde dlm tu sbb dia tahu staff so dia suruh balik dan beli sendiri kat kilang....muahahaaaa

Jumaat, 27 Februari 2015

Mama perlu sentiasa sihat

Statement dari anak membuatkan saya lebih yakin dengan apa yang saya pilih selama ini ....

 "Abang (gelaran kami utk my son) tak pernah tengok mama demam atau sakit teruk" !

Jawapan saya ....."Ye sayang...mama mmg kena sentiasa sihat demi anak-anak juga keluarga mama supaya ada orang yang menjaga korang waktu sakit atau demam".

Saya tahu ada yang sedikit sinis bila mereka tahu saya pengamal tegar supplement Shaklee. Bak kata pepatah...tak kenal maka tak cinta. Saya juga baru tersedar semenjak saya mengamalkan Shaklee lebih kurang 2 tahun ni....memang betul saya tak pernah kena sakit yang teruk seperti sebelumnya.

Saya ada Asthma.....mmg dari keturunan dan sejak kecil lagi. Tak perlu nak suggest makan itu ini....mcm2 my mom dah try bagi makan sejak kecil...daging arnab, daging landak, hati unta....dan pelbagai lagi...tapi bila musim org selsema, saya berjangkit dan terus dpt asthma. Kat rumah dah mcm klinik ....nebulizer, inhaler, ventolin...semua kena standby sementalah salah sorang anak saya juga menghidap asthma.

Saya juga ada gastrik.....tak makan ikut waktu tak boleh.....makan pedas tak boleh....makan campur2 dan skali banyak pun akan buat saya kena gastrik. Sape yg pernah kena gastrik mmg boleh rasa lah seksa sakit ni.....sakit perut, muntah ditambah pulak dengan cirit. Pastu berhari-hari plak ambik masa nak boleh baik so dlm beberapa hari tu selalu nak kena makan teratur dan juga yg soft2 aje. Mmg sgt menyeksakan....

Supplement Shaklee mmg sangat2 membaik pulih kesihatan saya even dalam keadaan saya mengandung sekarang ini. Saya mmg jenis yg mabuk teruk time pregnant....tak selera makan tapi saya perlu ambik supplement supaya saya lebih bertenaga dan yang penting baby saya sihat. Kalau nak share pasal testimoni Shaklee....mmg banyak sangat lah...dari dalaman mahupun luaran, saya sgt puas hati.


Ada yang bertanya lagi....langsung tak pernah sakit ke?

Hmmmm.....takdelah langsung tak sakit cuma apa yg saya perhatikan badan saya cepat recover bila terkena penyakit. Time pregnant, mmg mudah mengah....kena asthma tp just guna inhaler pun dah ok...tak perlu nak ber'nebulizer' bagai every 4hrs. Gastrik....awal2 pregant...tak lalu makan...ada jgk rasa pedih2 perut tapi skali telan Gaviscon dah memadai dan tak meleret sakit berhari-hari. Last week...tiba2 sakit gusi sbb membengkak....separuh mulut rasa besar....sakit kepala tak pyh cakaplah (preggy mommy kan mmg kebiasaan gigi & gusi lebih sensitif) ....saya kerapkan berkumur dgn Listerine dan malam telan Ostematrik. After 2 days....hilang segala sakit...tak perlu ke dentist ! (jimat duit ...hehe...sbb biasa ke dentist kalau takde rm100 jgn pegi).

Bagaimana dengan anak-anak ....dorang tak sakit, tak demam ?

Budak-budak tu lain....antibodi dorang tak sekuat orang dewasa. Memang senang lah nak berjangkit terutamanya dlm keadaan cuaca yg tak menentu. Kalau anak2 saya tu....bukannya berdisiplin pun nak ambik supplement ....mcm2 alasan & setiap masa mmg kena paksa. Tapi mmg slow-slow saya akan buat mereka pengamal supplement seperti saya juga. Yang pasti anak2 saya juga tak kerap kena sakit yg teruk....kalau dulu, hospital tu selalu jadi rumah kedua. Skrg memadai dgn rawat sendiri atau level ke klinik aje dah blh recover.

Tak mahal ke nak spend untuk supplement setiap bulan ?

Ok...ini part yg selalu ditanya kepada saya sbb dorang tgk saya ambik byk sgt supplement ni. Macam ni lah.....bagi saya supplement Shaklee ni dalam kategori 'harga berpatutan' dan boleh dikatakan agak murah untuk kesan yg kita dapat. Lebih-lebih lagi ianya semulajadi & selamat. Bukan sahaja dari segi kesihatan biasa.....kesihatan kulit, kesihatan dalaman wanita. Semenjak mengamalkan Shaklee, saya dah tak spend banyak duit utk beli produk facial yg mahal... juga tak perlu spend every month nak ke spa buat facial ataupun massage....tak perlu nak amalkan jamu 'ketat-sendat' dsb untuk pikat hati suami....hehe (sbb mmg saya tak pernah sesuai pun ambik jamu .... asal makan je kena asthma ataupun allergic...huhu).

Kos nya mmg pelbagai....depends pada apa yg kita nak. Boleh start dengan set bajet dulu....pastu lama2 tambah supplement lain. Permulaan mmg nampak agak banyak nak kena spend tapi lama2 takde banyak mana pun sebenarnya sbb each supplement pun bukannya habis serentak so kalau saya, cuma satu atau dua supplement aje saya top-up every mth. Nak harga murah....masuk ahli sbb keahlian Shaklee seumur hidup. Tak buat bisness pun tak apa...just makan utk diri sendiri & family aje.

Cuma satu sahaja nasihat saya.....teruskan ambik supplement walaupun pada awalnya kita payah nak nampak hasil sbb kesan adalah berbeza-beza utk setiap orang. Takkan baru makan sebotol dah boleh kurus....ataupun yg ambik set kesuburan tu dah blh mengandung. Testimoni utk saya.....set kurus tu mmg ambik masa lama nak berkesan buat diri saya sehingga saya perlu ambik supplement Shaklee utk detox dulu barulah finally dpt lost 5kg. Utk kesuburan plak....GLA saya baru ambik sebotol....balance lg 6 biji dan saya dah positif pregnant ! Alhamdulillah....

Yg penting jangan putus asa dalam setiap apa yang kita buat di samping sentiasa berdoa supaya sentiasa diberikan kesihatan yg baik oleh Nya.

Selasa, 17 Februari 2015

Boy OR Girl ?

 

Bila perut dah start memboyot...ramai yg menegur dan soalan wajib yg ditanya selain drpd usia kandungan mestilah jantina bayi kan ? Dah scan ke ...BOY or GIRL ?

Scan tu kalau kat private mmg everytime check-up pun dia scan....bila skrg ni dah ada 3D, 4D scan ...mmg best sbb bila scan dpt tgk baby yg tgh hisap jari lah....tgh menendang2 kakinya mcm duk kayuh basikal...tgh menguap lah dan mcm2 lagi. Tp jantina bayi biasanya above 20 weeks baru dpt confirm.

My previous pregnancy mmg apa jantina bayi yg doktor bgtau tu tak pernah silap lah. For me it's not about preparation nak beli brg2 baby kaler apa sbb i biasanya suka ambik kaler universal which is mana2 jantina pun blh masuk. Kalau baju baby..utk new born mmg suka kaler putih aje. Brg2 lain...merah cth nya,  takde nampak pelik kut kalau baby girl atau boy yg guna kan. But i mmg nak tahu jantina sbb nak prepare nama baby. Husband bagi kuasa veto....mmg mommy yg choose nama cuma kalau baby girl, pangkal nama should start with 'N' sbb ikut starting nama papa dan kalau baby boy, pangkal nama should start with 'R' ikut starting nama mama dia.

Kalau jumpa En Google, mmg mcm2 cara nak tahu jantina bayi. For me, some blh percaya but some tak betul jgk kan (based on my previous experience). Untuk saja suka-suka....no problem...kalau dah percaya bulat2 tak elok lah jgk sbb apa2pun Tuhan yg lebih berkuasa. For me yg dah ada both jantina...takde kisah mana pun nak dpt boy or girl for my 4th kids ni....yg penting selamat & sihat. But utk suka-suka....jom lah jgk kita share beberapa tanda / petua utk mengenalpasti jantina bayi dlm kandungan.

1.  Kalendar kuno cina

   
 Korang mesti tahu kan psl kewujudan kalendar ni. Kalau ikutkan sejarah, ketepatan dia 99% but some people cakap kalendar ni tak betul pun utk dorang. Saje je lah nak share.....so far ketiga-tiga my kids mmg tepat jantina yg i dpt bila refer pd kalendar ni.

Just make sure uol pilih your age dan conception month yg betul lah. Conception month tu i pilih bulan terakhir i period sbb mesti baby tu nak jadi waktu subur after u period kan....hehe. Cth kalau my last period is Oct dan Nov tu i dpt tahu pregnant, so bulan tu kena choose Oct ye. And for age, kena ikut bulan kelahiran kita....cth my birthday is on Nov, on Nov 2014 baru i cukup 38thn, so sbb conception tu terjadi on Oct, i akan kira my age baru 37thn on that time.

Bila i buat utk my 3 kids previously....betul lah pulak my eldest is Girl, 2nd is Boy dan 3rd is Girl. Adakah kali ni pun betul jgk my 4th will be Boy ? Wallahualam ....

2.  Naluri Ibu

Preggy mommy biasanya ada satu naluri luar biasa dimana mengikut fakta 71% naluri ibu tu biasanya betul. Namun utk 1st baby tu biasa susah sikit lah nak betul sbb takde experience. But for me, naluri keibuan i biasanya tepat utk dpt tahu my baby gender. Tp kdg2 pun tak boleh nak percaya jgk sbb naluri tu bercampur-aduk dgn kehendak jgk kan...hehe. Cth, dah ada girl...mesti yg 2nd rasa nak ada boy pulak kan. So this time i pun tak sure this is naluri atau kehendak ....mestilah i choose BOY ! Bak kata org tua2 tu....selang bunga.

3.  Morning Sickness / Alahan

Mengikut kajian, ibu-ibu yg mengandung baby girl mengalami alahan teruk compare dgn yg mengandung baby boy. Tapi for me.....tiap kali mengandung mmg i kena morning sickness yg agak teruk jgk utk 1st trimester tu...tak kiralah mengandung jantina apa. Muntah.....pening...mabuk...tak lalu makan mmg complete set i kena rasa.

Kdg2 tu jelez jgk bila ada org pregnant takde alahan ataupun husband yg rasa alahan tu. Pregnant byk kali....tak pernah plak hubby yg mabuk. But aturan Dia sebenarnya yg terbaik untuk i ! Hubby mmg tak pernah rasa seksa alahan ni tp dia lah yg membuat segala kerja2 rumah dan uruskan anak2 di waktu awal kehamilan. Yg i tahu time mabuk tu...balik keje...mandi & baring aje. Alhamdulillah...husband tak pernah merungut rumah bersepah ke...kain tak berbasuh atau berlipat sbb dia tahu everytime pregnant...mmg gitulah keadaan i utk 1st trimester.

So, tanda yg ni i tak blh nak confirm sgt .....maybe it's GIRL kan sbb i mmg mabuk teruk kali ni.

4.  Mengidam

Katanya kalau ibu mengidam makanan manis, most probably will be a girl tapi kalau mengidam makanan masam atau manis, tgh pregnant baby boy.

Kalau i.....this time dua2 i suka makan ni...mcmmana? Ni dah lebih kpd nafsu makan le kot kan...hehe. Kuih2 manis esp kuih kelantan ....jala mas, akok, lompat tikam....mmg feveret dan suka makan. Asam...jeruk...itupun penuh dlm peti ais. Dah habis musim mangga asam boi....skrg musim kelubi asam boi plak....repeat order pah ko ceroh ni.

5.  Degupan Jantung

Ibu yang mengandung bayi lelaki mempunyai degupan jantung purata di bawah 140/minit, manakala jika bayi perempuan degupan jantung mereka adalah di atas 140/minit.

My previous check-up, degupan jantung baby mmg lebih 140/minit...is it a GIRL ?
Tapi fakta juga menunjukkan degupan jantung yang lebih tepat hanya dapat diukur setelah bayi dilahirkan, bukan pada nadi ibu yang mengandung. Pulak dah....

6. Perbezaan saiz payudara

 Jika payudara kanan adalah lebih besar maka bayi lelaki, jika payudara kiri adalah lebih besar maka bayi perempuan.

Yg ni makcik no komen lah....ini rahsia 'kerajaan'...hahaha. Lgpun tak reti nak tgk yg mana satu lebih besar sbb normally time preggy confirm lah dua-dua makin besar sbb pengeluaran hormon dan juga persediaan utk menghasilkan susu. Yg pasti i punya takde senget sebelah lah...mana tahu ter'over' besar sebelah kan jd pelik plak...hihi.

7. Seri Wajah Ibu

Biasanya org cakap kalau muka ibu tu berseri, tandanya dia pregnant baby boy tp kalau tak berseri dia pregnant baby girl sbb bila pregnant girl, baby tu ambik seri mommy dia.

For me....i pun tak sure berseri ke tak ni...korang nilailah sendiri...hahaha. Cuma time awal2 pregnant dulu mmg langsung tak berseri lah kut sbb malas nak make-up...nak pakai bedak ngan lipstick pun malas ! Itu yg malas nak jumpa org tu.... tp bila dah masuk 2nd trimester ni....suka nak make-up cantik2 dan yg pasti kena spray perfume sbb asyik bau busuk je sekeliling i ! Ntah le....deria bau ni mmg tajam sungguh kali ni.

8. Suhu di tapak kaki

Jika tapak kaki ibu selalu sejuk, kemungkinan besar bayi lelaki. Jika panas, sebaliknya lah.

Yg ni pun tak sure.....everytime pregnant mmg rasa panas aje.Pagi2 pun kena minum ais. Malam2 kalau tak pasang aircond....mmg tak blh nak tido. Nanti nak kena check lah temperature badan dan kaki mcmmana ...

9.  Bentuk perut si ibu

Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan.

Tanda ni pun tak berapa jelas dengan i sbb everytime pregnant mmg jenis perut ke depan aje...dari belakang kdg2 org tak perasan tgh pregnant. Tapi yg pasti, jenis perut tebal kut....perut biasanya mmg besar. Skrg baru 4mth plus pun...dah nampak jelas cam 6 mth. Bila 6 ~ 7 mth, org tgk pun takut ingat dah dekat nak due. Rasa mcm nak tampal notis kat belakang....'My due date lambat lagi, so jgn pandang i pelik' ! Hehehe....

10. Nipple anak sebelumnya (kakak atau abang)

Melihat kepada nipple breast anak sebelumnya. Di ulang skali lagi ye...nipple si abang atau kakak baby dlm perut tu...jgn plak gi tengok nipple si ibu....kan jadi benda lain plak...hihi.

Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Lagi satu nipple ni kena tgk masa si abang atau kakak tu kecik lagi....kalau korang punya gap 10yrs, baru nak tgk nipple si kakak baby...itu dah tak blh pakai dah.

For me....mmg everytime bersalin....org2 tua sekeliling bila tgk nipple baby...dorang akan cakap, pasni mesti adik boy atau girl. So, during bersalin my youngest (no. 3)....mmg nipple dia timbul time tu....semua duk cakap next mesti baby BOY ni but that time i cakap.....ni dah bongsu dah ni...hehe.



So, itulah aje sedikit info tanda-tanda jantina bayi dalam kandungan yg i nak share. As what i said before...just sebagai panduan dan suka-suka aje. Yg penting i cuma mengharapkan me and my baby sihat sampai i bersalin....sampai i berpantang dan seterusnya. Boy or Girl i tak kisah....moga cukup sifat tu yg lebih penting.

Tapi dgn 6 years gap dan satu barang baby pun takde ni...nak jgk le tahu jantina baby supaya senang nak choose barang. Makcik dah mabuk tgk brg2 baby ni sbb byk benda2 baru yg time makcik dolu-dolu pregnant still tak wujud. So nanti nak kena bershopping ala-ala dpt 1st baby le jgk ni.

 My next mth check-up i dah masuk 5 mth....hopefully dapat reveal lah 'Mohd' atau 'Nur' yg akan keluar nanti. Mommy nak kena google nama baby plak ni tau.

Uol rasa i will get BOY or GIRL ? Blh vote ye.....hehehe



 

  
  

Khamis, 12 Februari 2015

Universal Studio Singapore ....fun with budget

 

Rombongan 'anak cucu' Abd Rashid & Wan Zainun ke USS
 
 
Nak pegi holiday tp bajet ciput ....hmmmm
Penting ke pegi holiday ni ?
Holiday kat mana ....dalam atau luar negara ?
 
Ok....semua benda2 ni akan berlegar di kepala kita (lebih2 lagi as a parents) bila sebut pasal holiday. For me...holiday tu sgt penting...sekali-sekala, apa salahnya. Selain dpt release stress dr pikir psl keje2 kat ofis setiap hari...yg lebih penting merapatkan hubungan dalam keluarga. My husband...jarang ada kat rumah...time keje dia tak mcm org lain...weekend pun keje, kdg2 tu time ada function atau event, dia kena stay keje sampai malam. FYI, my husband is a Chef....so masak memasak serah padanya ye ...hehe. So, i need to plan for a family holiday supaya me & my kids dpt spend our 'golden time' bersama-sama.
 
Bila kita ada family dgn anak2 yg sedang membesar ...for sure pemilihan tempat nak pegi holiday pun kena ikut citarasa dorang. Kalau pilih tempat yg dorang tak suka...cth bawak pegi shopping ke ikut citarasa mommy aje, confirm holiday tu takkan jd tenang...yg sorang nanti penat lah, yg ni lapar lah. So, the best choice for my kids...mesti ada theme park ataupun main air...confirm semua happy !
 
So, this year...utk kesekian kalinya...which is kali ke-3...kami tetap memilih Universal Studio Singapore (USS) seperti yg di'request' oleh anak2. Luar negara lah konon nya kan walaupun sekangkang gorila je dr Johor Bharu. Actually i mmg suka ke S'pore sbb....dekat, jimat kos, masa & tenaga, yg penting tak naik flight sbb mak mmg fobia ngan kapalterbang sejak dua menjak ni. Lagi satu plan holiday ke sini tak perlu nak plan lama2 sbb me & husband jenis payah nak arrange cuti utk bbrapa bulan akan dtg...nanti nak kena cari tiket awal dsb...last2 tiba time tu tak jadi jer.
 
Family holiday kami kali ni ramai sikit....semua anak2 beranak join which is my parents, my adik-adik beserta keluarga masing2. Kami mmg memilih utk stay kat hotel di JB dan akan drive masuk ke Singapore....lebih jimat kos sbb hotel kat S'pore kalau ambik family room mmg mahal giler....mau rm500 per night ! Sblm ni i suka stay kat Grand Blue Wave hotel which is dekat sgt nak ke Woodlands tp this year sbb nak gathering family, kami pilih KSL Hotel & Resort which is located kat JB jgk dan around 10~15 min je utk sampai ke Woodlands. Kami pilih 4 bedroom apartment...cukup utk keluarga kami (my parent & my sibling 3 family). Apartment ni mmg best....siap ada dinasour water park kat sini pastu hotel / apartment jgk bersambung dgn shopping mall. Nak makan, shopping, jalan2 mahupun tgk wayang pun boleh ....
 



 
Our Itinerary holiday ;
Sabtu  - lps breakfast,  bertolak from Shah Alam ke JB. By 2pm sampai JB dan check-in apartment.
           - petang plak will let our kids main air kat water park. Others adult blh pegi jln2 kat mall.
Ahad  - 8am dah kena bertolak masuk ke S'pore sbb selain drpd check passport, kereta nak kena 
             register dulu kat imegresen. Will stay at USS sampai malam dan after that balik ke JB semula
Isnin   - relaks, lepak2....budak2 confirm nak main air lg atau nak jalan2 kat shopping mall, so petang
             akan bertolak balik ke KL semula
 
Kami sampai ke USS around 10am (actually it takes about less than 45min from Woodlands) tp lama sikit sbb urusan register kereta my brother (dia blm pernah bwk masuk so kena queue utk buat registration) while my car & my father car, kami cuma renew our 'Auto Pass' aje. Auto Pass ni dia mcm kad Touch & Go kita kat M'sia tapi kat S'pore semua tol, parking mesti guna Auto Pass ni. Kami dah beli online tiket USS so no need nak beratur beli tiket lg dah....just acara rasmi ambik gambar depan pintu masuk USS pastu beratur utk masuk aje. Berapa kali pegi pun....ini mercu tanda, kena jgk ambik gambar kat 'globe' ni.
 
 Tengok gambar2 kat bawah ni....anak2 makin membesar & tinggi but mommy maintain cute ! Hihi
 
2015


2012
 
2011
 
Bila dah dpt masuk dlm USS tu....my kids mula lah buat perangai mcm kampung tok nenek dorang je . Jalan ke situ...ke sini....sbb dorang dah expert...dah tahu dah tempat mana yg best, yg kena beratur panjang...itu yg dorang serbu dulu. So kami rombongan cik kiah semua ni dah jd berpecah dah....takpe, nanti nak lunch kita 'koling2' atau sms ye. Me...dgn perut yg kian memboyot, kena lah sentiasa bersama my youngest tu aje sbb not all ride yg kami blh naik. My SIL pun ada anak 2thn....so bersama2 lah kami berjalan sambil ambik gambar. Husband plak bwk anak2 with my brother bwk anak dia....dorang for sure lah nak extreme ride kan. So..enjoy gambar2 kami kat bawah ni ye.
 

 
 
 



 

 
12pm, kami dah set time utk berkumpul sbb nak tgk show Waterworld. Yg ni mmg best....jgn lepaskan peluang utk tgk show ni kalau ke sana. My son & nephew, suka nak duduk kat bawah kat wet area....so time show tu dorang agak basah lah jgk kena percikan air. Jgn risau, byk lagi tpt kat atas-atas yg confirm tak kena basah punya...so blh pilih tempat.
 
After show ni, kami pegi lunch. Refer USS pamplet utk choose mana restoran yg halal atau tak ye. Dah semua kenyang tu....continue ride yg lain2 plak sampai ke lewat petang. Banyak jgk maskot yg berjalan2 sepanjang jalan...blh ambik gambar...juga kdg2 tu ada show dorang buat kat tepi jalan...so, just enjoy. Bestnyer kat sini....kawasan yg teduh, banyak kerusi dan tempat rehat disediakan....tepi2 jalan byk kedai souveniour, nak beli air...cookies, candy, nacho's...semua ada. Every ride kdg2 tu queue 5 min aje...ada yg sampai 30, 45 atau 60 min tp sbb kami dah tahu yg mana ride queue panjang, so each ride dlm 30min queue je lah kami kena. Kalau tak nak queue blh jgk beli express lane punya ticket, but u have to pay extra utk ticket tu. Rugi lah....baik duit tu buat makan ataupun beli souveniour...hahaha
 
 
 
Dah gelap...dekat nak malam...baru reti nak keluar. Anak2 pun tak excited sgt nak beli souveniour (sblm ni mcm2 beli pun, store jgk jd tpt simpan) so i just give them SD10 je sorang ...dpt le beli books & stationery. Lps keluar....kira2 duit baki yg ada...habiskan balance buat beli air & Garret Popcorn, after that masuk kereta dan menuju balik ke JB.
 

 
Kat bawah ni saya senaraikan bajet utk holiday ke USS ni...for reference utk family 5 org. Ini yg asas lah...kalau korang nak shopping, nak beli mcm2 lagi...kena spend byk sikit lah ye. But this year mmg mata wang kita jatuh so sedikit mahal lah bila kita tukar RM -> SD (SD1 = RM2.80)
 
Tiket USS :               RM868  for 2 Adult & 3 kids (Adult SD74, Kids SD 54)
Auto Pass  :               RM112 (reload SD40 for parking SD28 & Tol SD6.70)
Makan2 di USS :      RM 224 (about SD80)
Souveniour :             RM84    (about SD30)
Apartment (3D2N) : RM375 (KSL 4bedroom apt is rm750 per night thru Agoda , share 4 family)
Tol :                          RM100
Petrol (2x full tank): RM140
Others (makan2)     : RM100
Total :                        Rm2000
 
I hanya tukar rm405 utk dpt SD150....cukup utk buat belanja kami di USS including parking & tol.
 
So, dgn bajet yg ciput ni pun....dapatlah jugak pegi holiday ke luar negara kan? Hehe...
Jgn nak cakap mahal ye.....korang skali balik kampung pun, cuba kira berapa bajet yg keluar. Holiday kat dlm negara pun sama jgk...cuba gi Langkawi, nak byr feri, hotel, mkn minum...byk jgk kan. Ke Legoland....tiket pun main ratus2 jgk sorang. Ke Sunway Lagoon pun tiket dah rm100 utk adult. Kalau tak nak spend...mmg kena duk rumah je lah kan....no komen.
 
But for me.....duit blh di cari...yg penting masa bersama family tu priceless sesangat. Buat apa parents keje penat2, dapat gaji every mth tp anak2 terabai dan rasa jauh dari kita. Holiday tu penting....kalau takde bajet byk, just ikut kemampuan tp sekali-sekala kena plan saving utk holiday jauh dr kebiasaan. Saya pun teringin nak bwk anak pegi jauh2....ke Hong Kong Disneyland ke....Universal Studio lain ke. So far, mmg kewangan belum mengizinkan tapi Insyaallah...... moga2 dimurahkan rezeki lg selepas ini.
 
Cuti sek bulan March dah dekat...so, apa plan holiday anda ?
 
 
 


Rabu, 11 Februari 2015

GLA & Pregnancy

Salam semua ....

Ntah kenapa tiba-tiba hari ni rindu nak jenguk blog yg lama sgt ditinggalkan....jenuh nak bersihkan sawang yg ada...hehe. Bukannya apa, dek kerana keadaan kesihatan diri ini yg tidak mengizinkan...minat menulis ni terpaksa dihentikan buat seketika. But now...i'm back !!!! Insyaallah, lepas ni byk benda yg boleh kita cerita dan share lg ye.

Actually kesihatan i yg tidak mengizinkan tu adalah disebabkan terkena 'buatan orang'....huhu. Tp, in a good ways lah....hehehe. Alhamdulillah....i'm pregnant again ! Now expecting for my 4th child.

Kita throwback sikit lah psl my family & kids ye. I'm married in 2001 dan in 2002 terus bersalin my first daughter which is akan mencecah 13 thn pd May nanti. Oooo...sblm tu...alhamdulillah, my eldest ni dpt masuk asrama...tercapai jugak hajat dia nak bersekolah di sek aliran agama. Now dia kat Sek Agama Men Tinggi Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Bt 38, Sabak Bernam....fuhhhh, panjang sgt nama sek tu so ringkasnya adalah SAMT Bt 38, Sabak Bernam je lah ye. At first mama dia a bit risau jgk lah nak lepaskan anaknya ke asrama....yelah, budak ni bukan pernah berdikari...baju sek, baju harian semua mama nak kena cuci dan gosok. But alhamdullillah ...rupanya bila berjauhan, dia lebih tabah & berdikari.

My 2nd kids is a boy, this year akan mencecah 10thn and my youngest is girl which akan masuk 6yrs tahun ni. So, nampak tak gap kat situ....3 yrs, 4 yrs...and now 6 yrs ! Huhuhu..... Ramai jgk yg bertanya, ini mmg plan nak dapat yg ke-4 atau 'accident' ? Actually mmg di plan pun walaupun sebenarnya sedikit tersasar dr plan asal sbb i nak 5 yrs gap aje.

I ni sebenarnya blh dikategorikan sbg perempuan yg subur...chewahhhh. Yelah, asal tak plan
aje...mesti lekat. Sampaikan my gynae sblm ni pun bila lps bersalin yg kita kena check 40 hari ngan dia tu akan remind i.....'U ni manusia paling senang....senang lekat, pregnant & bersalin pun tak pernah ada masalah....so u better plan something kalau u tak bersedia nak ada baby lg. If not, lg 2~3 bulan...u mesti dtg mengadap i utk check-up!' But , itu cerita dulu lah...maybe time tu muda lg kan so senang lekat but in end 2013 & early 2014, which on that time my age is 37++....i decide utk pregant lg but bila tak di plan pun tak lekat jgk ni....mcmmana??? Waaaa...makcik dah tua...dah kurang subur dah. So, my discussion with husband...bagi tempoh setahun...by end 2014 jika masih takde rezeki, takpelah...kita pasrah dgn 3 org 'askar' yg ada je lah.

Tp...takkan nak mengalah tanpa usaha kan? Time terlewat period tu....excited je buat pregnancy test...pastu 'satu line' je keluar. Hampa...frust...kecewa. So pertengahan thn 2014, my friend which is my upper line Shaklee...suggest suruh i tambah GLA Complex. I kan mmg ambik byk Shaklee supplement sblm ni (nak tahu apa supplement yg i telan, kena refer coretan i yg dulu lah ye). Katanya GLA ni blh perbetulkan hormon kita secara semulajadi....time nak period tak sakit perut, period lancar dan juga bila hormon stabil, blh buatkan kulit pun cantik dan berseri. So, i try lah ambik GLA....sbb tak nak kecewa lg, my intention is utk betulkan hormon je supaya period stabil, lancar dan utk cantik kan kulit lah konon.






So, early Sept 2014...bertambah le lg satu koleksi supplement i iaitu GLA Complex which is i ambik sebiji pagi & sebiji malam. Sept period....Oct period mcm biasa...but November, tak period ! Excited dah ni....time tu korek laci...jumpa pregnancy test ntah bila beli...buat test,  but satu line je...kecewa lg. Pujuk diri....baru lewat sehari....nanti period lah tu. 3 hari....5 hari...seminggu...tak period jgk ni, kenapa? Pregnancy test tu 99% betul....mcm tak logik je tak nak percaya. Start meng'goggle' psl effect GLA Shaklee ni....time ni ada plak issue psl org mkn GLA buat rahim bengkak lah, kens cyst lah...dan mcm2 lg. Cuak jgk sekali round ....but, bila refer ngan master2 Shaklee....bukan salah GLA sebenarnya, actually salah org yg makan tu sbb sebenarnya penyakit2 tu dah ada dlm diri dia sblm ni tanpa dia sedari. My sister tak mkn GLA pun dah 2x operate buang cyst....so, nak salah kan apa plak?
But almost, banyak feedback positif lah org ckp dapat pregnant dsb bila consume GLA.

Berbalik pd problem I, after 10 days, still tak period....lg hati ni risau....ada penyakit kewanitaan ke plak aku ni? Start pulak refer ngan En Google psl tanda2 penyakit perempuan ni bila tak period.....result yg dpt hanyalah...kemungkinan besar 'anda MENGANDUNG' ! Hmmmm...pelik bin ajaib dah ni. Ok takpe...dah decide ni after 2 weeks tak period jgk....nak kena gi jumpa specialist...nak check detail, apa penyakit ada dlm perut ni. Bersedialah dr segi mental & fizikal ye...

Hari ke-13 lewat period...hari jumaat...keluar lunch ngan kengkawan mcm biasa sbb lunch hour kan panjang. So, decide nak beli pregnancy test skali lg.....ambik yg mahal ni...100% accuracy dan blh
check tak kira pagi, ptg, siang, mlm...result tepat. Ok....balik rumah...mandi petang balik keje
tu...apalagi, check lah. Hahhhh....ambik kau....elok je dia keluar 2 line dgn seterang2nya. Positif
which is dgn kata lain...... I'm PREGNANT !!!




Gembira....bercampur sebak.....tak dpt nak ckp apa2.....tak sabar nak tunggu en suami balik dari keje dan nak bgtau dia. Dlm pada tu terpikir jgk...knp 1st test dulu negatif ? Gigih mengorek tong sampah (nampak sgt pemalas kan sbb 2 minggu still tak buang plastik sampah dlm toilet....hehe) dan jumpa pregnancy test yg dulu. Tahu tak brape line yg ada? Dua line jgk rupanya tp 2nd line tu nipis sesangat. Ingat diri ni dah cerdik, rupanya banyak lg sisi bodohnya ye...kah kah kah

Tau tak apa kesilapan saya masa buat pregnancy test sblm ni ?
1.  Time check tu baru lewat period sehari...awal sgt
2.  Pregnancy test yg guna tu ntah dah brape lama beli...simpan plak dlm laci (tpt panas). Sepatutnya
kena simpan di tempat sejuk
3. Lepas check...tgk result & terus buang. Pregnancy test yg murah ambik masa atleast 2 min utk keluar result betul
4. Guna pregnancy test murah....pastu check waktu malam

So, kesimpulannya....tak jadi jumpa specialist...mmg confirm saya akan menjalani pengalaman mengandung & bersalin buat kali ke-4. Apa reaksi en suami? Ntah.... dia mmg mcm tu....perasaan dia biasa2 aje mcm takde perasan...hahaha. Cuma kami berbincang psl kewangan je lah....yelah, i ni kan over....mana reti nak bersalin kat hospital kerajaan. Takpe....topik tu kita discuss lain kali ye. Actually, bukan demand pun tapi i should be fair to all my kids. Kalau 3 org i bersalin kat private, kenapa tidak kali ni which will be my last kids kan.

Berbalik pada GLA Complex Shaklee tu tadi....ye ke supplement tu yg buat i dpt mengandung lg? Gini lah....ini semua rezeki dan tak salah kita berusaha. But for me, i blh cakap ia adalah salah satu penyebab lah sbb beberapa bulan sblm tu payah lekat...just nice habis sebotol (itupun kdg2 ambik, kdg2 lupa)...result positif. Maybe i senang lekat so jgn lah korang kat luar tu putus asa kalau habis berbotol GLA pun belum pregnant lg. Lain orang lain cara nya....yg penting jgn putus asa ye.

Berita pregnant ini adalah hadiah terindah sebagai kenangan saya menyambut hari lahir yg ke-38 pd Nov 2014..... Now , i'm already 4 mth pregnant....masuk 2nd trimester....mabuk2 dah beransur hilang...mood nak bermake-up pun dah dtg balik....i just berharap i dan baby akan sihat je sampai ke akhirnya. Yelah....makcik sedar makcik dah agak tua utk pregnant lg...tp, kalau Che Ta pun blh hadap org duk mengutuk dia...apalagi i kan?(ko ingat ko vogue mcm Che Ta ke....muahahaaaaa)