Isnin, 22 September 2014

Supplement....sharing is caring

Ramai orang suka share benda2 yg dia buat dlm fb mahupun instagram.
Ada org tak suka share tp suka skodeng fb dan ig orang lain pastu cari bahan nak dijadikan gossip. Maknanya, org macam tu pun suka baca perkara2 yg kengkawan dia share jugak kan....hehe.
 
Saya memang jenis yg suka share benda yg saya buat especially perkara2 yg bagi saya boleh mendatangkan kebaikan utk semua. Share tempat2 menarik yg saya pergi yg mungkin dapat memberi idea pada org lain utk plan bawa family utk ber'holiday' jugak....share makanan / tempat makan yg saya suka supaya org yg suka makan mcm saya dpt merasa kelazatan dan kenikmatan makanan tersebut, share keletah & perangai anak2 yg sedang membesar dan tak lupa juga share aktiviti2 riadah saya supaya menjadi inspirasi utk semua di luar sana utk kekal sihat.
 
So, hari ni saya nak share cerita yg masih berkait dgn sihat iaitu pengambilan SUPPLEMENT.

 
Apa itu supplement ?
Supplement adalah pelengkap atau tambahan.
 
Pemakanan seimbang adalah sangat penting dlm kehidupan kita seharian kerana zat & mineral yg mencukupi dapat menjamin kualitu dan tahap kesihatan optimum. Tp, adakah kita mengamalkan pemakanan seimbang ini setiap hari? Dek kerana kesibukan tugas dan masa, juga pertambahan faktor usia menyebabkan nutrien2 penting di dalam badan kita merosot dan boleh mengakibatkan beberapa gejala penyakit atau masalah kepada tubuh badan. Sewaktu muda kita tak perlu nak fikir psl makanan berkhasiat atau tak, semua kita telan....kalau kita tak bersenam sekalipun, badan maintain je kurus tp bila umur dah meningkat, kalau semua itu tak dijaga...mmg lagi cepatlah penyakit nak datang.
  
Oleh sebab itu badan kita perlukan supplement sebagai pelengkap kpd pemakanan seimbang seharian kita. Kalau anda bertanya saya 5 tahun yg lepas.....saya pun akan mencebik bila org bercerita perihal pengambilan supplement. Al-maklumlah masa tu muda....masih sihat....takde langsung masalah2 kesihatan baik luaran mahupun dalaman sbb saya ni pun bukan kaki jamu mahupun jenis org yg mengawal pemakanan apatah lagi nak bersenam.  Akan tetapi faktor umur kita tak dpt nak mengelak & saya sgt bangga memberitahu semua org yg hujung tahun ini saya bakal berusia 38 tahun ! Apa.....tua dah????? Ishhh...itu lumrah alam kan...takde masalah pun usia tu pada saya. Cuma kekadang tu saya melihat masalah pada yg suka mengata sbb mereka itu yg sebenarnya nampak TUA daripada umur sebenar mereka....hehehe

Seseorang wanita terutamanya yg sudah berkahwin & melahirkan anak, bila melepasi usia 35 tahun....sedikit sebanyak akan mengalami perubahan pada tubuh badan ...dari segi tekstur kulit yg berubah menjadi kusam, berjeragat dan jerawat pun suka sangat nak menyinggah especially dekat2 nak period tu. Masalah lenguh2 badan....sakit urat....lenguh betis mahupun kaki dan oleh kerana itulah jenis yg suka mengurut tu dah jadi kebiasaan utk mereka wajib melawat spa mahupun cari tukang urut setiap bulan.  Kalau bercakap tentang dalaman pula....masalah kewanitaan spt keputihan, kegatalan, sakit perut time period hinggakan 1st day period tu tak boleh nak buat kerja dan menjalani kehidupan normal spt biasa sbb sakit dari pinggang ke bawah. Belum lagi ditambah dgn masalah pembuangan....2~3 hari skali baru jumpa toilet, perut pun start membuncit mcm org pregnant 4 bulan (malu kan bila ada yg bertanya pregnant ke? huhuhu). Masalah kesihatan lain....tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, tak cukup kalsium dan bermacam2 lagi.
 
Melalui seorang rakan yg selalu share psl Shaklee dlm fb dia , saya mula bertanya itu ini dengan beliau. Saya juga mencari 'en google' utk mendapatkan kepastian psl produk ni. Memang saya ambik masa agak lama utk start membeli sbb yg penting bagi saya adalah produk ini perlu SELAMAT ! Kadang2 sesuatu produk itu dpt bagi result yg bagus dgn cepat tp bagaimana pula kesan jangkamasa panjang utk tubuh badan kita ? Hasil pembacaan saya, barulah saya faham yg sebenarnya vitamin ini ada banyak jenis dan tak semua supplement di pasaran itu bagus. So, sbb kita semua ni kan bijak pandai jadi rajin-rajin lah mencari maklumat yg tepat ! Memang benar sesuatu supplement itu dapat memberi kesan yg positif tetapi apakah kesan jangka panjang pada tubuh badan kita bila mengamalkan produk tersebut selama bertahun-tahun ?
 
Ini perbezaan secara ringkas supaya senang faham bagi vitamin semulajadi & sintetik ;
 
1. Vitamin semulajadi - cth : buah-buahan sebenar dgn rasa dan tekstur buah
 

2.  Vitamin organik - cth : jus buah yg terdapat dlm pek 
  
                                                  
 
3.  vitamin sintetik - cth : kordial berperisa buah
 
                                                  
 
Kenapa kita perlu mengambil supplement semulajadi dan bukannya sintetik ?
Kerana organ-organ di dlm badan kita tidak dicipta utk menerima bahan sintetik dgn banyaknya dan kelak akan tertinggal di dalam badan menjadi toksik. Vitamin semulajadi akan diserap sepenuhnya oleh tubuh dan akan ditukar menjadi nutrien....baki sikit2 pula tu pula akan dibuang sepenuhnya dlm sistem perkumuhan kita. Vitamin semulajadi juga dihasilkan dgn pemprosesan seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dlm keseimbangan yg menghampiri keadaan ia ditemui di alam semulajadi. Berbeza dgn vitamin sintetik, nutrien yg dihasilkan adalah dlm persekitaran makmal dan walaupun secara kimia nya ia semulajadi tetapi dari strukturnya ia jauh berbeza.


 
Bagaimana dengan supplement SHAKLEE? Kenapa saya yakin Shaklee selamat ?
 
1.  Shaklee mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setiap supplement Shaklee mempunyai nombor pendaftaran

2. Supplement Shaklee adalah vitamin semulajadi.
Ada cara nak tahu vitamin ini semulajadi ataupun tidak iaitu ;
a. Daripada hologram label , D - semulajadi & I - sintetik
b. Jika ada kehadiran 'silika gel' bersama di dlm bekas , itu adalah vitamin sintetik.
(Silika gel adalah biji-biji dlm pack yg tulis 'do not eat' itu !)
 
Vitamin semulajadi tidak memerlukan silika gel ini bersama di dalam bekas

3. Semua produk Shaklee mesti melalui pelbagai ujian klinikal setiap tahun dan 500 juta USD akan dibelanjakan untuk proses ini. Semua bermaksud setiap produk Shaklee akan melalui proses ini dahulu sebelum dapat released sebagai produk yg berdaftar.

4.  Shaklee dah bertapak di Malaysia lebih drpd 50 tahun. Adakah kita pernah dengar cerita yg keluar berkaitan produk ini yg memudaratkan? Adakah pernah keluar cerita berkaitan produk ini beracun atau sebagainya slps bertahun2 guna spt apa yg terjadi pd sebilangan produk di luar? Anda sendiri pun dapat beri jawapan nya kan ....

5.  Shaklee tidak di jual di sembarangan tempat dan ini meyakinkan kita bahawa produk ini tiada tiruan ! Produk ini hanya boleh di beli drpd ahli Shaklee (yg mana ia di ambil dari branch berdaftar shj) ataupun jika kita masih was-was, kita juga boleh pergi beli sendiri di branch tersebut. So, confirm kita tak akan mendapat produk tiruan !
 

 
Setelah yakin dengan aspek keselamatan produk ini, baru lah saya start mencuba membeli supplement Shaklee di mana supplement pertama yg saya ambil adalah Alfafa & Lecithin. Kemudian dari bulan ke bulan, saya start menambah supplement lain jugak dan alhamdulillah selepas setahun mengamalkan Shaklee, alhamdulillah saya dpt merasakan kesihatan saya makin baik malah jauh lebih baik drpd zaman muda. Wowwww....cakap mcm eksyen je kan tp hanya org yg pernah mencuba sahaja akan dpt rasa perbezaan ini.  Bak kata orang...tak tumbuh tak melata dan tak sungguh orang tak kata.  Anda boleh juga rujuk keputusan medical check-up saya pd tahun 2013 (belum makan Shaklee) dan 2014 (selepas ambik Shaklee lebih kurang 6 bulan).

Blood Pressure : 138 -> 128
Pulse rate : 90 -> 75
Glucose : 7.8 -> 4.6
 
 
 
Ada yg berkata.....banyaknya ambik supplement ? Bukan ke membebankan?
Senang aje jawapan nya.....alah bisa tegal biasa. Dulu waktu 1st time kita bekerja....susah jugak kan utk menyesuaikan diri dgn beban kerja & keadaan sekeliling tp lama-kelamaan takkanlah kita masih tak pandai jugak ? So, pengambilan supplement juga sama. Untuk 6 bulan pertama ambik Shaklee, saya terpaksa biasakan diri utk tidak lupa dan supaya dpt telan sesetengah vitamin yg agak besar saiz nya. Saya juga selalu sahaja lupa makan....org habiskan makan sebulan sebotol, tapi saya 2~3 bulan baru habis. But for me ....'better do than never'. Dah lama2 tu senang pulak dijadikan habit, tiada masalah langsung...lupa ke...payah nak telan ke....malah saya akan terus menambah supplement2 lain utk lebih kekal sihat & cergas sepanjang masa juga utk kekal cantik. (Cantik ke? Hurmmmm)

Lagi satu, bila ambik supplement ni...kita kena berdisiplin. Kalau sekali makan, sekali tak....pastu cakap produk tak bagus, mcmmana? Kalau ambik set utk kurus pastu makan nasi pagi petang siang malam mcm biasa, mcmmana nak loss weight ? Kesan nya berbeza2 utk setiap orang sbb bergantung pada umur, kadar metabolisma dan juga masalah tubuh badan setiap orang. Sebab itu bila nak ambil produk, dapatkan nasihat drpd yg lebih pakar dan berpengalaman. Saya juga bukan seorang pakar tetapi saya boleh memberi pendapat pd sesetengah produk yg saya dah makan sbb saya suka buat testimoni pada diri sendiri dan keluarga. Saya sendiri pun kena ambik berbotol2 supplement utk nampak hasil positif sbb saya bermula di usia yg agak lambat. Malah saya juga masih berusaha utk mengurangkan berat badan agar dapat mencapai berat yg saya idamkan.

Sharing is Caring ! Supplement bukan hanya utk orang yg tua mahupun yg nak tua mcm saya aje tau. Saya merasa ralat sbb baru diperkenalkan dgn produk ini sbb perlu mengambil masa yg agak lama utk 'tune' balik tubuh badan saya menjadi serasi dgn Shaklee. Kalau saya bermula di usia yg agak muda, tentu saya dah jimat masa , tenaga dan juga wang ringgit.

Bagi saya selain menjaga pemakanan & bersenam ....supplement adalah salah satu perkara penting utk kekal sihat di zaman sekarang. Saya perlu sentiasa sihat kerana saya adalah SUPERMOM utk anak-anak juga keluarga saya .
 
 
 

Selasa, 9 September 2014

Jom SIHAT dgn Aerobik

Kelas Aerobik 9th Sept 2014, Tema Purple

Setiap Selasa malam adalah hari yg ditunggu-tunggu sbb ada kelas Aerobik !
 
Best sangat ikut kelas Aerobik ni sbb akan membuatkan saya rasa lebih sihat,cergas dan bertenaga aje. Yelah, nak harapkan exercise lain....mmg saya tak ada masa pun nak buat, almaklum lah sibuk ngan urusan kerja juga urusan di rumah lagi.

Saya start ikut kelas Aerobik ni sejak beberapa bulan lepas. Ini disebabkan oleh result medical check-up hujung tahun 2013 yg menunjukkan saya ni obesiti, blood pressure yg agak borderline dan bila-bila saja berisiko utk dpt high blood, glucose yg tinggi juga kolestrol pun di borderline ! Dengan faktor usia dan juga gaya hidup yg memang tak sihat sbb saya suka makan apa saja, exercise mmg langsung tak pernah jd habit dlm hidup....apatah lagi berketurunan yg ada penyakit macam2 ni, saya mula risau akan tahap kesihatan saya. Di sekeliling saya, ada keluarga dan rakan yg terkena strok, serangan jantung dan pelbagai penyakit lagi walaupun di usia baru 30an. So, saya decide utk menukar cara hidup dengan melakukan exercise dengan cara join Aerobik ni.
 
Dengan cara melakukan senaman fizikal, ia boleh meningkatkan kolestrol baik dan menghapuskan kolestrol jahat dalam badan kita. Ia juga boleh ;
1.  Menurunkan tekanan darah
2. Mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah
3. Mengurangkan stress
4. Mengurangkan berat badan (+ diet yg sihat)
 
Selain itu, ber'aerobik' juga bagus untuk wanita terutama bagi yg sudah berkahwin kerana ia boleh meningkatkan kesihatan dalaman ! Nak tahu detail, kena lah join aerobik pastu slps beberapa bulan sila tanya suami masing-masing....hehe. Tak perlu lagi nak beli cream ketat, sendat, mantap, montok semua tu....ini secara natural boleh berlaku bila sentiasa amalkan aerobik mahupun zumba. (saya pun join zumba tp tak konsisten sbb waktu kelas tu tak match dgn masa free saya dan fitness studio itu juga agak jauh dr rumah).
 
For me, best join aktiviti macam ni...either aerobik atau zumba... dan uol boleh pilih aktiviti yg mana bersesuaian dgn diri masing2. Tiada banyak beza pun pergerakan aerobik mahupun zumba, cuma beza paling ketara adalah zumba menggunakan lagu-lagu berirama Latin dan gerakan menari lebih tertumpu kepada bahagian pinggan dan punggung.
 
Yang pasti, kedua-duanya kita boleh have fun juga release stress dgn cara menari !
 
Team Aerobik yg saya join ni di panggil InaZuna Aerobik Team ....sbb cikgu dia dua orang dan namanya Ina & Zuna. Kelas aerobik kami setiap Selasa malam di Dewan Seksyen 27 (A), Shah Alam.....dengan bayaran rm5 sahaja per class dan dibayar waktu kelas. Murah je kan harga nak keluarkan peluh untuk sihat ni atas bimbingan cikgu2 yg berkaliber. So, sape2 yg area berdekatan, nak join...terus walk-in je. So far kelas pukul 9.30 malam selama sejam. Insyaallah, cikgu ada bgtau yg kelas mungkin akan diadakan 2x seminggu atas permintaan ramai cuma belum confirm lagi hari apa dan bila boleh start.

 Saya bersama cikgu-cikgu Aerobik kami yg vogue....vavavoommmm


Kelas diadakan pada setiap minggu dan cikgu berikan tema kaler...saje for fun dan nampak seragam bila menari. Untuk this week, pertama kalinya kita buat tema purple dan perlu pakai t-shirt 'I Am' ni. Nama dah tertera kat t-shirt so senang sikit untuk bersuai-kenal sesama kita....kadang2 ingat rupa, tapi tak tahu nama. Sorry....hehehe. Yang best nya kelas ni ramai yg senior-senior, tapi bila menari dan tengok tenaga dorang...boleh kalah kita yg muda ni (ehhhh...muda sgt ke ko???). Mulanya mmg terasa cam payah nak ikut step ni, tp lama-lama join ni i rasa step i dah cantik dah ....betul tak cikgu? My mum yg berusia 60 tahun pun join aerobik....so, korang yg muda ni tak rasa tercabar ke? Bangga sgt ckp korang ni masih muda...baru 20an, tapi tenaga ...hampehhh...semua malas nak buat, camno?


 
                                         9th Sept : Tema kaler Purple bersama t-shirt 'I AM'.
        (Gambar bawah paling kiri tu my mom , paling senior ....bersama senior-senior yg lain)
 
                                      2th Sept : Tema warna-warna bendera sempena Merdeka

                                                       26th Aug : Tema kaler OREN

                                              
                                                        19th Aug : Tema kaler BIRU

12th Aug : Tema kaler MERAH
 
Bila saya start join aerobik beberapa bulan lepas, banyak sangat orang sekeliling yg mengutuk dan memperli saya.....katanya, "Pegi aerobik tiap-tiap minggu pun GEMUK jugak". Hmmmm.....but, i take it as positive dan jd kan cabaran. Bukan senang nak kurus bila umur dah meningkat, kadar metabolisma dah turun, berasal dari keturunan yg agak 'membulat' semuanya, hobi pulak yg suka makan dsb....tapi saya tetap berusaha ke arah itu. Sebab saya tahu bila gemuk, banyak penyakit yg akan datang nanti. Walaupun mungkin mengambil masa yg agak lama tp saya puas sbb saya memilih utk kurus secara sihat ! Tujuan asal saya ber'aerobik' pun utk sihat kan tp jika saya dapat kurus kepada berat badan idaman saya, alhamdulillah...ia satu bonus utk saya.
 
 Namun begitu...saya rasa nak share jugak lah gambar saya kat bawah ni. Tak main ye edit-mengedit atau 360 punya camera....agak2 korang boleh nampak tak perbezaan kat situ walaupun agak minimal. Hehehe... u can do it, keep it up girl !
 
 

Ahad, 7 September 2014

UPSR oh UPSR

 
                                    (My daughter baris ke-2 pelajar perempuan, no 7 dari kiri)

Hari ini perasaan bercampur baur....tak boleh nak concentrate buat kerja. Maybe sbb monday blues jugak tapi yg pasti otak ni tak lekang dari memikirkan my eldest daughter yg nak ambik UPSR esok ! Over kan petit mommy ni...hehe ? Tp saya pasti ramai lagi 'mama-mama' yg over di luar sana mcm saya bila time anak nak ambik exam....apatah lagi exam besar dlm hidup mereka.

Maybe ada yg cakap...UPSR je pun. But, for me...ini semua penentu dan permulaan untuk masa depan anak-anak kita. Sudah pasti setiap ibubapa menginginkan anak mereka berjaya....dapat masuk ke sekolah terpilih dan berasrama penuh. Namun begitu, semua ini bergantung pada ketentuanNya. Yang penting saya selalu ingatkan pada anak ....jangan berhenti berusaha ! Jika kita dah berusaha sehabis baik namun bukan rezeki untuk mendapat keputusan yg cemerlang, saya tetap redha dan akan terus menyokong anak2 saya kelak.

Berbalik kepada kenangan UPSR saya pada tahun 1988 , yakni 26 tahun yg lepas....waktu tu rasanya persaingan tak sehebat zaman sekarang. Saya sendiri pun tak dihantar tuisyen oleh my parents, cukup sekadar kelas tambahan yg disediakan oleh guru di sekolah. Saya juga bukannya seorang pelajar yg agak bijak sangat pada waktu dahulu, tapi seingat saya ...sememangnya saya belajar di kelas pertama sahaja dari darjah 1 hingga 6. Dan keputusan UPSR saya....taraaaa....4A1B. Not bad lah kan...hahaha.

Saya juga mengambil pendekatan yg sama utk my daughter this year, hanya menghantar ke kelas tambahan malam yg disediakan oleh pihak sekolah 2x seminggu dan separuh hari pd hari sabtu. Sudah memadai semua itu kerana yg penting usaha perlu dibuat oleh diri sendiri. Saya hanya membekalkan anak buku2 latihan utk dibuat latih tubi sebagai ulangkaji. Buat je latihan sendiri dan mama menjadi part-time guru tuisyen di rumah.

Namun begitu, mama juga menghadapi cabaran dalam melayan karenah my daughter this year. Dengan bersekolah KAFA lagi setiap petang dimana akan adanya juga peperiksaan besar iaitu PSRA pada 22 Sept nanti , pada satu masa saya perhatikan anak saya menjadi lemah....penat dan stress kerana banyak perkara perlu difokus pada satu2 masa. Menjadikannya tak lalu makan, mengantuk dan kurang fokus pada pelajaran kerana terlalu penat. Sehinggalah saya mencuba Meal Shakes dari Shaklee ni (saya sudah mencuba Omega Guard tp anak ada problem tak boleh telan ubat), hanya segelas atau dua gelas sehari dicampur dgn soya ataupun milo sejuk, anak saya menjadi cergas, lebih bersemangat, bangun tidur pagi pun senang dan yg paling penting lebih fokus pada pelajarannya.
Result exam daripada 2A, meningkat ke 3A dan trial UPSR memperolehi 4A. Saya bersyukur kerana mendapat jalan penyelesaian utk masalah anak ni. Sekali lagi saya berharap yg keputusan UPSR nya nanti akan lebih cemerlang ... Insyaallah

Good Luck kakak, Nur Natasha Mohd Norzisyam ! This is a beginning for your future....mama doakan yg terbaik utk UPSR kakak esok.







Jumaat, 5 September 2014

Yeayyy.... saya dah ada BLOG sendiri

Assalamualaikum....

Hasil menggodek-godek internet, akhirnya saya berjaya buat blog saya sendiri. Yeahaaaa....

Walaupun tak sempurna, banyak lagi nak kena touch up sana sini...tp ok lah sebagai permulaan. Nanti kita letak bedak banyak-banyak...kasi make-up sikit....cantik lah blog ni kan.

Kenapa saya 'gatal' sangat nak create blog sendiri ni ???? Hehehe....

Saya ni suka menulis...kalau update status kat fb mesti macam buat karangan. Bukan apa, saya suka sangat share benda yang saya buat....so takut lebih ramai nanti yg annoying baca karangan saya kat fb, so better for me menulis dalam blog sendiri. Macam-macam mak boleh share kat uols bila dah ada blog sendiri ni kan. Lagipun ....kawan-kawan saya cakap, saya ada bakat menulis ni. Kononnnnn....

Sebagai permulaan, ini aje lah saya boleh tulis dulu. Banyak benda nak kena study lagi ni bagi mencantikkan blog saya....hmmmm

Jumpa lagi....Wassalam