Ahad, 7 September 2014

UPSR oh UPSR

 
                                    (My daughter baris ke-2 pelajar perempuan, no 7 dari kiri)

Hari ini perasaan bercampur baur....tak boleh nak concentrate buat kerja. Maybe sbb monday blues jugak tapi yg pasti otak ni tak lekang dari memikirkan my eldest daughter yg nak ambik UPSR esok ! Over kan petit mommy ni...hehe ? Tp saya pasti ramai lagi 'mama-mama' yg over di luar sana mcm saya bila time anak nak ambik exam....apatah lagi exam besar dlm hidup mereka.

Maybe ada yg cakap...UPSR je pun. But, for me...ini semua penentu dan permulaan untuk masa depan anak-anak kita. Sudah pasti setiap ibubapa menginginkan anak mereka berjaya....dapat masuk ke sekolah terpilih dan berasrama penuh. Namun begitu, semua ini bergantung pada ketentuanNya. Yang penting saya selalu ingatkan pada anak ....jangan berhenti berusaha ! Jika kita dah berusaha sehabis baik namun bukan rezeki untuk mendapat keputusan yg cemerlang, saya tetap redha dan akan terus menyokong anak2 saya kelak.

Berbalik kepada kenangan UPSR saya pada tahun 1988 , yakni 26 tahun yg lepas....waktu tu rasanya persaingan tak sehebat zaman sekarang. Saya sendiri pun tak dihantar tuisyen oleh my parents, cukup sekadar kelas tambahan yg disediakan oleh guru di sekolah. Saya juga bukannya seorang pelajar yg agak bijak sangat pada waktu dahulu, tapi seingat saya ...sememangnya saya belajar di kelas pertama sahaja dari darjah 1 hingga 6. Dan keputusan UPSR saya....taraaaa....4A1B. Not bad lah kan...hahaha.

Saya juga mengambil pendekatan yg sama utk my daughter this year, hanya menghantar ke kelas tambahan malam yg disediakan oleh pihak sekolah 2x seminggu dan separuh hari pd hari sabtu. Sudah memadai semua itu kerana yg penting usaha perlu dibuat oleh diri sendiri. Saya hanya membekalkan anak buku2 latihan utk dibuat latih tubi sebagai ulangkaji. Buat je latihan sendiri dan mama menjadi part-time guru tuisyen di rumah.

Namun begitu, mama juga menghadapi cabaran dalam melayan karenah my daughter this year. Dengan bersekolah KAFA lagi setiap petang dimana akan adanya juga peperiksaan besar iaitu PSRA pada 22 Sept nanti , pada satu masa saya perhatikan anak saya menjadi lemah....penat dan stress kerana banyak perkara perlu difokus pada satu2 masa. Menjadikannya tak lalu makan, mengantuk dan kurang fokus pada pelajaran kerana terlalu penat. Sehinggalah saya mencuba Meal Shakes dari Shaklee ni (saya sudah mencuba Omega Guard tp anak ada problem tak boleh telan ubat), hanya segelas atau dua gelas sehari dicampur dgn soya ataupun milo sejuk, anak saya menjadi cergas, lebih bersemangat, bangun tidur pagi pun senang dan yg paling penting lebih fokus pada pelajarannya.
Result exam daripada 2A, meningkat ke 3A dan trial UPSR memperolehi 4A. Saya bersyukur kerana mendapat jalan penyelesaian utk masalah anak ni. Sekali lagi saya berharap yg keputusan UPSR nya nanti akan lebih cemerlang ... Insyaallah

Good Luck kakak, Nur Natasha Mohd Norzisyam ! This is a beginning for your future....mama doakan yg terbaik utk UPSR kakak esok.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan