Selasa, 9 September 2014

Jom SIHAT dgn Aerobik

Kelas Aerobik 9th Sept 2014, Tema Purple

Setiap Selasa malam adalah hari yg ditunggu-tunggu sbb ada kelas Aerobik !
 
Best sangat ikut kelas Aerobik ni sbb akan membuatkan saya rasa lebih sihat,cergas dan bertenaga aje. Yelah, nak harapkan exercise lain....mmg saya tak ada masa pun nak buat, almaklum lah sibuk ngan urusan kerja juga urusan di rumah lagi.

Saya start ikut kelas Aerobik ni sejak beberapa bulan lepas. Ini disebabkan oleh result medical check-up hujung tahun 2013 yg menunjukkan saya ni obesiti, blood pressure yg agak borderline dan bila-bila saja berisiko utk dpt high blood, glucose yg tinggi juga kolestrol pun di borderline ! Dengan faktor usia dan juga gaya hidup yg memang tak sihat sbb saya suka makan apa saja, exercise mmg langsung tak pernah jd habit dlm hidup....apatah lagi berketurunan yg ada penyakit macam2 ni, saya mula risau akan tahap kesihatan saya. Di sekeliling saya, ada keluarga dan rakan yg terkena strok, serangan jantung dan pelbagai penyakit lagi walaupun di usia baru 30an. So, saya decide utk menukar cara hidup dengan melakukan exercise dengan cara join Aerobik ni.
 
Dengan cara melakukan senaman fizikal, ia boleh meningkatkan kolestrol baik dan menghapuskan kolestrol jahat dalam badan kita. Ia juga boleh ;
1.  Menurunkan tekanan darah
2. Mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah
3. Mengurangkan stress
4. Mengurangkan berat badan (+ diet yg sihat)
 
Selain itu, ber'aerobik' juga bagus untuk wanita terutama bagi yg sudah berkahwin kerana ia boleh meningkatkan kesihatan dalaman ! Nak tahu detail, kena lah join aerobik pastu slps beberapa bulan sila tanya suami masing-masing....hehe. Tak perlu lagi nak beli cream ketat, sendat, mantap, montok semua tu....ini secara natural boleh berlaku bila sentiasa amalkan aerobik mahupun zumba. (saya pun join zumba tp tak konsisten sbb waktu kelas tu tak match dgn masa free saya dan fitness studio itu juga agak jauh dr rumah).
 
For me, best join aktiviti macam ni...either aerobik atau zumba... dan uol boleh pilih aktiviti yg mana bersesuaian dgn diri masing2. Tiada banyak beza pun pergerakan aerobik mahupun zumba, cuma beza paling ketara adalah zumba menggunakan lagu-lagu berirama Latin dan gerakan menari lebih tertumpu kepada bahagian pinggan dan punggung.
 
Yang pasti, kedua-duanya kita boleh have fun juga release stress dgn cara menari !
 
Team Aerobik yg saya join ni di panggil InaZuna Aerobik Team ....sbb cikgu dia dua orang dan namanya Ina & Zuna. Kelas aerobik kami setiap Selasa malam di Dewan Seksyen 27 (A), Shah Alam.....dengan bayaran rm5 sahaja per class dan dibayar waktu kelas. Murah je kan harga nak keluarkan peluh untuk sihat ni atas bimbingan cikgu2 yg berkaliber. So, sape2 yg area berdekatan, nak join...terus walk-in je. So far kelas pukul 9.30 malam selama sejam. Insyaallah, cikgu ada bgtau yg kelas mungkin akan diadakan 2x seminggu atas permintaan ramai cuma belum confirm lagi hari apa dan bila boleh start.

 Saya bersama cikgu-cikgu Aerobik kami yg vogue....vavavoommmm


Kelas diadakan pada setiap minggu dan cikgu berikan tema kaler...saje for fun dan nampak seragam bila menari. Untuk this week, pertama kalinya kita buat tema purple dan perlu pakai t-shirt 'I Am' ni. Nama dah tertera kat t-shirt so senang sikit untuk bersuai-kenal sesama kita....kadang2 ingat rupa, tapi tak tahu nama. Sorry....hehehe. Yang best nya kelas ni ramai yg senior-senior, tapi bila menari dan tengok tenaga dorang...boleh kalah kita yg muda ni (ehhhh...muda sgt ke ko???). Mulanya mmg terasa cam payah nak ikut step ni, tp lama-lama join ni i rasa step i dah cantik dah ....betul tak cikgu? My mum yg berusia 60 tahun pun join aerobik....so, korang yg muda ni tak rasa tercabar ke? Bangga sgt ckp korang ni masih muda...baru 20an, tapi tenaga ...hampehhh...semua malas nak buat, camno?


 
                                         9th Sept : Tema kaler Purple bersama t-shirt 'I AM'.
        (Gambar bawah paling kiri tu my mom , paling senior ....bersama senior-senior yg lain)
 
                                      2th Sept : Tema warna-warna bendera sempena Merdeka

                                                       26th Aug : Tema kaler OREN

                                              
                                                        19th Aug : Tema kaler BIRU

12th Aug : Tema kaler MERAH
 
Bila saya start join aerobik beberapa bulan lepas, banyak sangat orang sekeliling yg mengutuk dan memperli saya.....katanya, "Pegi aerobik tiap-tiap minggu pun GEMUK jugak". Hmmmm.....but, i take it as positive dan jd kan cabaran. Bukan senang nak kurus bila umur dah meningkat, kadar metabolisma dah turun, berasal dari keturunan yg agak 'membulat' semuanya, hobi pulak yg suka makan dsb....tapi saya tetap berusaha ke arah itu. Sebab saya tahu bila gemuk, banyak penyakit yg akan datang nanti. Walaupun mungkin mengambil masa yg agak lama tp saya puas sbb saya memilih utk kurus secara sihat ! Tujuan asal saya ber'aerobik' pun utk sihat kan tp jika saya dapat kurus kepada berat badan idaman saya, alhamdulillah...ia satu bonus utk saya.
 
 Namun begitu...saya rasa nak share jugak lah gambar saya kat bawah ni. Tak main ye edit-mengedit atau 360 punya camera....agak2 korang boleh nampak tak perbezaan kat situ walaupun agak minimal. Hehehe... u can do it, keep it up girl !
 
 

6 ulasan:

  1. Good job sis Rizma..hihi

    http://znzabadistore.blogspot.com/2014/09/bahayanya-ubat-batuk-kepada-bayi.html

    BalasPadam
  2. Nk join jg.. dewan ni dkt pasaraya matahari ke..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dewan ni masuk lorong depan Sek Keb Tmn Alam Megah ....yg dekat taman besar Sek 27

      Padam
  3. nk join jgak..ade lg kelas zumba ni?cmne nk join ye

    BalasPadam
  4. nk join jgak..ade lg kelas zumba ni?cmne nk join ye

    BalasPadam
  5. nk join jgak..ade lg kelas zumba ni?cmne nk join ye

    BalasPadam